KELAB CMM

TV Al Hijrah - Segalanya Bermula Di sini

| Posted in | Posted on 7:08 PTG

Negara kita bakal disajikan dengan siaran TV percuma baru yang bercorak KeIslaman iaitu TV Al-Hijrah.
TV-Al Hijrah merupakan stesen televisyen yang berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur. Ia dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).Ia juga bakal ditonton melalui saluran Astro dan juga melalui platform-platform baru seperti internet dan juga telefon bimbit.

TV Al-Hijrah akan memulakan siaran ujian pada 1 November dengan waktu siaran bermula pada jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam, bagi hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad siaran bermula pada 12.00 tengahari dan tamat pada 12.00 tengah malam. Siaran ujian akan berjalan selama sebulan pada bulan November 2010 dan akan memulakan siaran penuh pada 1 Disember 2010.

Pelbagai program baru bakal disajikan untuk tontonan orang ramai di mana TV Al-Hijrah ini mensasarkan golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun, golongan muda dan keluarga berumur 18 hingga 39 tahun. Siaran TV Alhijrah bersifat menyeluruh, bagi golongan Islam stesen televisyen Alhijrah akan menjadi sumber ilmu serta maklumat untuk meningkatkan pengetahuan manakala bagi yang bukan penganut Islam stesen televisyen Alhijrah membantu memperjelaskan tentang keindahan agama Islam yang sebenarnya.
Sesi memperkenalkan TV Al-Hijrah kepada media

TV Alhijrah telah membariskan rancangan-rancangan terbaik dari seluruh dunia, filem-filem yang mendapat rating tertinggi dan memenangi pelbagai anugerah, seperti:
  • Last Queen Of The Earth (Iran), 
  • Bila Cinta Bertasbih (Indonesia), 
  • The Memories of Tomorrow (Japan), 
  • Half of Confession (Japan), 
  • Leaps & Bounds (Turki) 
  • Winky Horse (Belanda). 
  • Siri Alauddin yang akan mengangkat drama tempatan pertama kali menggabungkan unsur sejarah Kesultanan Melayu serta penyebaran Islam yang dipersembahkan dalam bentuk CGI, Efek Khas, serat Kostum. 
  • Drama antarabangsa seperti King Farouq dan Saifullah Khaled Ibn Waleed dua siri drama terbaik Arab juga bakal menghiasi siaran TV Alhijrah. 
  • TV Alhijrah turut menyiarkan berita konprehensif, dokumentari dalam dan luar Negara. 
  • TV Al hijrah juga akan menayangkan animasi kanak-kanak terbaik dari Les Copaque “Pada Zaman Dahulu” buah tangan kedua selepas siri popular Upin dan Ipin
Mulai 1 Dis ini, TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.
Frekuensi siaran TV Al-Hijrah

Di harap TV Al-Hijrah ini dapat mengubah atau menjadi santapan untuk para remaja untuk membina karekter menerusi pengisian program-program yang membina jiwa kalangan remaja yang secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja.

Tips Penjagaan Tayar Kenderaan

| Posted in | Posted on 12:15 PG

Tayar kenderaan adalah kompenen yang sangat penting bagi sesebuah kenderaan. Tayar yang berada dalam keadaan baik bukan saja melancarkan perjalanan anda, malah dapat menjamin keselamatan anda ketika berada di jalan raya. Oleh yang demikian pemeriksaan berterusan pada tayar kenderaan anda adalah sangat penting untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti tayar pecah, pancit, dan sebagainya. Ramai di luar sana yang mempunyai kenderaan (kereta atau motorsikal) selalu mengabaikan pemeriksaan terhadap tayar kenderaan mereka. Di sini, CMM ingin berkongsi sedikit tips mengenai tips pemeriksaan dan penjagaan tayar kenderaan kepada anda.


TEKANAN TAYAR
  1. Periksa tekanan angin semasa keadaan tayar tidak panas
  2. Jika perlu gunakan alat pengukur tekanan angin untuk mengukur tekanan keempat-empat tayar anda
  3. Periksa tekanan angin tayar kenderaan anda secara berkala sekurang-kurangnya sebulan sekali. Pamkan angin jika perlu. Ini kerana, tekanan angin yang betul boleh menjimatkan penggunaan petrol.
  4. Jangan pam tayar anda melebihi tekanan maksima, seperti yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan anda.
  5. Periksa keadaan tayar pada bahagian dalam dan luar untuk mengenal pasti sebarang kehausan yang tidak rata. Jika terdapat tanda tayar haus, elak menggunakan kenderaan tersebut untuk perjalanan jarak jauh.
  6. Pastikan tiada rekahan pada tayar sebelum memulakan perjalanan terutamanya perjalanan yang jauh.
  7. Periksa tayar dan pastikan tiada serpihan kaca, batu ataulogam terlekat di celah bunga tayar.
  8. Elakkan menggerakkan roda steering semasa kenderaan tidak bergerak.


PENJAGAAN TAYAR KENDERAAN

  1. Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat. 
  2. Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan. 
  3. Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. 
  4. Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek. 
  5. Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
  6. Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Adab Ketika Menguap Menurut Islam

| Posted in | Posted on 11:01 PTG

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya" . (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka" . (Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu" . (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a. , katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin" . (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
  1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
  2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
  3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
  4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" , dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah" .
  5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

Kerja.. Kerja... Kerja..

| Posted in | Posted on 2:40 PTG

Kerja.. kerja.. kerja...
Hidup kene la bekerja, kalau tak kerja nak makan ape,
tapi bila dah kat tempat kerja, macam-macam hal,
lepas tu tension dengan report, dateline,
Tapi ape nak buat, kalau tak kerja gaji takde..
nak pegi shopping pun tak boleh..
hmmmmm...

Mcm ni la riak muka aku di hari-hari bekerja

ISNIN
Masuk office jer tension banyak kerja yang tertangguh.
tapi still wat keje jugak sebab semangat sikit selepas bercuti pada hari ahad.


SELASA
Letih sikit, menguap kat office tu perkara biasa la tu,
kadang-kadang sampai boleh terlelap.. hehehe
kerja? gerak dengan slow compared hari Isnin

RABU 
Hah? banyak lagi kerja yang tak siap?
alamak terpaksa la stay back kat office siapkan mana yang termampu

KHAMIS
Hehehe... Kerja mostly dah siap..
tinggal sikit-sikit jer nak nak kena edit.

JUMAAT & SABTU
yeah!! Hari jumaat....
Esok cuti.. so hari ni nak balik awal lah..

PETANG AHAD
Huh? dah petang?
Tak sempat lagi nak g tgk wayang, nak shopping nak dating ni..
mcm mana ni?
MALAM AHAD
Arghhh!!! Esok keje la pulak..
aku baru nak rehatkan kepala..
Dah nak kena kerja esok la pulak..

Menara Jam Makkah :Tertinggi Di Dunia

| Posted in | Posted on 9:36 PTG

Musim haji telah pun bermula dimana rombongan pertama Haji daripada Malaysia telah pun tiba di Madinah pada 10/10/2010 lalu. Bagi musim haji kali ini, tetamu - tetamu Allah ini berkesempatan melihat sendiri projek pembesaran dan pembinaan bangunan yang bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia yang masih lagi dalam pembinaan dan pembagunannya dijalankan oleh Saudi Binladin Group sejak tahun 2004.

Menara Abraj Al Bait yang dijangka siap pada 2011 nanti akan menjadi bangunan ke-2 tertinggi di dunia selepas Burj Khalifah. Bagunan ini setinggi 601meter iaitu 83 meter lebih tinggi dari Taipei Tower di Taiwan tetapi lebih rendah berbanding Burj Khalifa (setinggi 828 Meter). Menara Abraj Al Bait ini merupakan menara jam tertinggi di dunia. Kompleks bangunan ini diilhamkan oleh arkitek daripada Dar Al Handasah.

Projek ini merupakan projek pembangunan terbesar di dunia yang meliputi keluasan seluas 1.4juta meter persegi. Ia akan menempatkan ruang ibadah yang mampu menampung sehingga 10,000 orang. Menara tertinggi ini juga merupakan hotel bertaraf tujuh bintang untuk memberikan penginapan kepada jemaah haji. kompleks hotel ini menempatkan 3,000 bilik hotel yang mana kebanyakan daripada bilik-bilik ini menghadap Masjidil Haram dan Ka’abah. Selain itu, ia juga menempatkan shopping mall setinggi empat tingkat dengan parking lot yang mampu menampung sehingga 1000 kenderaan pada satu-satu masa. Manakala menara lainnya akan menempatkan 6000 unit rumah dan  terdapat kemudahan pusat conference untuk kemudahan pengunjung. Secara purata, ia boleh menjadi rumah kepada 100,000 orang.
Lakaran keseluruhan projek

Menara Jam yang juga adalah sebuah hotel (The Fairmont Makkah) adalah sebahagian daripada projek Abaj-Al Bait yang terletak hanya 50meter di hadapan Masjidil Haram. Jam di manara ini boleh dilihat pada jarak 17km pada sebelah malam dan 12km pada sebelah pagi. Menara jam ini adalah enam kali lebih besar daripada Menara Big Ben. Setinggi 601 meter dan mempunyai 95 tingkat bakal menjadi nadi kepada projek Abraj Al-Bait dan bakal mengatasi ketinggian bangunan hotel tertinggi di dunia pada masa ini yang terletak di Dubai iaitu Emirates Park Tower.
Ketinggian 591m telah ditambah menjadi 601m

Di menara hotel inilah terletaknya jam empat muka yang tebesar di dunia mengalahkan Allen-Bradley Clock Tower yang terletak di Milwaukee, Wiscocsin AS. Setiap permukaan jam adalah berdiameter 151 kaki dan dilengkapi dengan 2juta lampu LED. Ia juga mempunyai jarum jam terbesar di dunia, lebih besar daripada jam di Cevahir Mall di Istanbul.

Ujian selama 3 bulan terhadap jam ini telah dibuat sejak 11 August 2010 ( 1 Ramadhan 1431 Hijrah). Buat masa ini hanya satu permukaan jam sahaja yang siap diliputi dengan 90juta keping mosaic kaca. Setaip permukaan jam tertulis dengan perkataan dalam bahasa arab "Allah" dan dilengkapi dengan beribu lampu LED.

Jam ini telah direka oleh engineer dari German dan Swiss yang menelan belanja sebanyak $800juta dan berdasarkan standard waktu Arab iaitu (+3 GMT).


INSIDEN
Sepanjang pembinaan, Kompleks Abraj Al Bait ini telah menyaksikan dua insiden kebakaran. Kejadian pertama berlaku di tingkat 32 Menara Hajar pada 28 Oktober 2008. Seramai 400 orang bomba bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran tersebut. Dalam insiden yang mengambil masa selama 10jam ini menyebabkan sembilan tingkat di menara ini telah hangus terbakar.

Kejadian kedua pula belaku di Menara Safa pada 1 May 20009. Mengikut saksi, kejadian berlaku spada waktu selepas Asar, semasa kerja-kerja pembinaan masih dibuat. Kebakaran dikatakan bermula ditingkat 14 sehingga tingkat ke-20 menara tersebut.

Perkembangan projek sehingga Ogos 2010

Tawau Berdepan Gempa Bumi Kuat

| Posted in | Posted on 7:44 PTG


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi tidak menolak kemungkinan gempa bumi bersaiz sederhana menghampiri 6 pada skala Richter mungkin berlaku di Tawau, Sabah pada masa depan.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rohaidi Che Abas berkata, kemungkinan itu diambil kira daripada kekerapan gempa bumi yang berlaku di kawasan-kawasan sekitar Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.

 
"Ini kerana sejak minggu lepas hingga semalam tiga gegaran lemah telah dicatatkan di kawasan terlibat yang berukuran 2.6 hingga 3.8 pada skala Ricther.

"Meskipun kawasan terlibat merupakan kawasan berisiko dilanda gempa namun kekerapan yang berlaku menghairankan kami," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Justeru, menurut Mohd. Rohaidi, pihaknya akan memantau 24 jam sehari untuk melihat perkembangan semasa kemungkinan berlaku lagi gempa bumi di Tawau.

Menurut rekod, gempa paling kuat pernah dicatatkan di Sabah ialah di Lahad Datu pada tahun 1976 iaitu berukuran 5.8 pada skala Richter.

KOSMO

Terkejut aku baca news pagi ni kat Kosmo Online. Mana taknya, Tawau tuu... Kampung aku tu. Sebelum ni hmmmm dalam minggu ni 12 Oct, 14 Oct dan baru-baru ni 18 Oct ada laporan mengatakan kat Tawau ada gempa bumi kecil. Sebenarnya sejak aku duduk Tawau memang ada lah kadang-kadang tu gempa bumi. Tu pun sebab Filipina yang dilanda gempa dan gegaran dapat dirasakan sampai ke Tawau. Tapi sejak akhir-akhir ni makin kerap jer laporan gempa bumi kat Tawau ni. Ada gunung berapi ker? hmmm ntah la.. Risau la, aku dengar berita macam ni.

Aku doakan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga Tawau. Semoga Allah melindungi  warga Tawau dan juga family aku kat sana. Amin....



Showcase Maher Zain Di Malaysia

| Posted in | Posted on 8:17 PTG

Ahad, 17 Oktober 2010 23:57 Amirul Letfee
Dipetik dari malaysiaharmoni.com






SHAH ALAM – “Terima Kasih!” kata Maher Zain kepada lebih 1,400 peminatnya yang memenuhi Auditorium di Wisma MBSA, Shah Alam Jumaat lepas - satu persembahan penuh erti yang menghiburkan dan sangat mengujakan.

Penyanyi dari Sweden itu berada di Malaysia sejak 3 Oktober yang lepas dalam siri lawatannya ke Malaysia. Kedatangan penyanyi yang terkenal dengan lagu Insya-Allah itu dibawakan oleh Pusat Perlindungan dan Bimbingan Remaja Puteri, Raudhatus Sakinah. Kemuncak kepada siri lawatan Maher Zain ke Malaysia kali ini ialah Showcase Maher Zain pada sebelah malam 14 dan 15 Oktober di Wisma MBSA, Shah Alam.

Tricky Maths

| Posted in | Posted on 10:01 PTG

  Hari ini di CMM nak kasi satu soalan tricky untuk pembaca-pembaca dan blogger diluar sana. Siapa boleh jawab dia memang otai maths.. Tapi tak ada hadiah la.... Boleh kan...



1st Award

| Posted in | Posted on 9:31 PTG

Dapat Award? tak sangka plak. Ni yang buat aku jadi excited berblogging ni. Award ni kira motivasi la bagi aku untuk terus berblogging. Terima kasih la kepada blogger aja sebab bagi award kat saya. Aja orang pertama yang bagi award sejak berkecimpung dalam dunia blogging.. (mcm poyo je ayat aku). 

Ini la award nyer...
Pastu nak cerita plak ni, hari tu aku follow la satu blog ni, aku follow sebab banyak info yang aku nak dari blog tu especially pasal blogging ni. Jadi aku pun kebetulan jadi follower yang ke-666. Tak lama lepas tu yiedpozi kata aku bakal dpt hadiah misteri.. hehehe.. Alhamdulillah. Thanks to you Yied pozi. Aku pun tak sangka dalam blog pun ada contest2 ni. Tapi mcm ni pun buat blogging jd meriah kan!! Cuba korang pegi usha kat yiedpozi kalau tak percaya...

screen shot dari blog Yiedpozi; minta izin yer...



Bowling Ole Ole

| Posted in | Posted on 1:58 PG

Huh... seronok betul hari ni.. sempat main bowling dengan budak-budak office selepas habis keje... Kitaorg main bowling kat Ole Ole Shah Alam Seksyen 18 jer. Dah lama gak la tak main bowling ni.. Skill pun dah lari (padahal memang x reti sgt main pun) hehehe... Kitaorang main ni pun just nak bagi trainning pemanas badan kepada member yang ade competition esok..


Ape bende la diorg ni...

hah!! pose cepat..!!

Pernikahan Datuk Sani dengan Datin Fatimah Dalilah @ 10.10.10

| Posted in | Posted on 6:53 PTG

Entry kali ni just nak share gambar pernikahan Datuk Sani (Pemilik Sani Express) dan juga pasangannya Datin Fatimah Dalilah yang berlansung pada 10.10.10 juga. Sama tarikh dengan angkasawan negara, cuma takde liputan media sangat sebab orang excited nak tengok Pernikahan Angkasawan Negara.Actually ramai orang yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh 10.10.10 ni. Bukan kat Malaysia saje, kat seluruh negara. Nombor 10.10.10 tu cantek kot....


Majlis pernikahan Datuk Sani dan Fatimah Dalilah telah diadakan di Masjid Kristal, Terengganu, dengan wang hantaran sebanyak RM100,000.00 (Banyak tu!!) bersama sebuah kereta mewah berharga lebih kurang RM400,00.00. So jumlahkan lah sendiri....

Campaign Nuffnang

| Posted in | Posted on 9:33 PTG

Huh!! hari ni cuaca panas sangat, sampaikan bila aku bukak paip air kat tempat kerja pun panas gila. Macam ade jer pakai water heater, padahal takde pun. Panas hari ni sampaikan paip air kat area tempat keje aku tu jadi panas... huhu... Global warming kot.. yer ker? kot....

Melalut plak...hari ni aku nak cerita la sikit, aku ni baru jer start berblogging, baru sebulan lebih, memang masih tak tau apa-apa lagi pasal blogging ni. Banyak lagi yang aku nak belajar pasal bende ni. Lepas itu bila dah start blogging ni aku selalu jer terbaca dekat entry blog-blog lain pasal nuffnang ni. So aku pun usha la website nuff pastu aku join pada 21/09/2010. almost a month la join...


So hari ni 12/10/2010 aku sedikit teruja bila ada perubahan kat dashboard nuff aku, tetiba jer kat bahagian earning tu ade campaign dari nuffnang. Thanks to Nuffnang Team. Tapi tarikh tu dah lepas.... aku tak faham la campaign ni... ada tak sesiapa boleh jelaskan. pls...

Dah ini aku tak paham apalagi BE, CPM kejadah aku memang totally lost.. Kena wat research ni kat entry korang ni. 

So any explaination or tips pls share.....



Kemalangan Ngeri 10.10.10

| Posted in | Posted on 7:40 PTG

MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.

Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.

Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki. - Kosmo

Saksikan gambar-gambar sekitar tempat kejadian kemalangan ngeri pada 10.10.10. (18 SG)......

Link exchange: