KELAB CMM

Tip Penggunaan Kad Kredit Dengan Bijak

| Posted in | Posted on 11:24 PTG

Kini ramai di antara kita yang terfikir atau pun pernah ditawarkan untuk menggunakan kad kredit. Jika anda pengguna kad kredit, ingat!!! penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya perbelanjaan melebihi pendapatan. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya masalah hutang yang tidak dapat dilangsaikan. Makin lama hutang tertunggak, makin banyak pula ‘faedah’ yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan kepada para pengguna kad kredit.

Helah Sistem Ujrah PTPTN

| Posted in | Posted on 12:05 PG


Salam,
CMM ingin berkongsi sedikit maklumat kepada semua peminjam PTPTN mengenai sistem Ujrah yang diperkenalkan kepada peminjam baru-baru ini.. Silakan baca dan teliti..



  1. Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.
  2. Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahu├» sebelum diisi.
  3. Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.
  4. Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.
  5. Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

Muzikal Dreamgirls Bertandang Ke KL Julai 2011

| Posted in | Posted on 8:07 PTG


Teater muzikal yang pernah dicalonkan dalam kategori Muzikal Terbaik di Anugerah Tony iaitu Dreamgirls bakal dipentaskan di Kuala Lumpur pada bulan Julai tahun ini. Teater itu turut diadaptasi ke layar perak dengan menampilkan bintang-bintang Gred A Hollywood antaranya Jamie Foxx, Beyonce Knowles, Jennifer Hudson, Eddie Murphy dan ramai lagi.

Facebook Bakal Berakhir 15 March!

| Posted in | Posted on 2:06 PTG


Menurut Laporan daripada Weekly World News Bahawa Facebook akan berakhir pada 15 Mac 2011. 

Palo Alto, CA-Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada bulan Mac. Menguruskan laman telah menjadi terlalu stres. 

"Facebook telah didapati di luar kawalan," kata Zuckerberg dalam sidang akhbar di luar pejabatnya Palo Alto, "dan stress menguruskan syarikat ini telah menghancurkan hidupku. Aku harus mengakhiri semua kegilaan ini. " 

Zuckerberg terus menjelaskan bahawa mulai 15 Mac, pengguna tidak akan dapat lagi mengakses account Facebook. 

"Setelah 15 Mac seluruh website akan di shut down," kata Avrat Humarthi, Naib Presiden Teknik Negeri di Facebook. "Jadi, jika anda ingin melihat gambar anda lagi, saya cadangkan anda mengambil mereka dari internet. Anda tidak akan boleh mendapatkan mereka kembali sekali untuk keluar dari perniagaan. " 

Zuckerberg mengatakan bahawa keputusan untuk menutup Facebook cukup sukar, tapi dia tidak berfikir orang akan marah atau kecewa.

Petrol RON97 Dan Minyak Tanah Naik 10 Sen Seliter

| Posted in | Posted on 11:18 PTG

04 Januari, 2011 23:01 PM 

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam Selasa, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.

-- BERNAMA

p/s: tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku terhadap petrol RON95 pulak... huhuhu..

Maher Zain Live in Concert

| Posted in | Posted on 10:44 PTG


Salam semua..

Nak inform, seperti yang dijanjikan pada consertnya pada tahun lepas, kali ini Maher Zain sekali lagi akan berkunjung ke Malaysia.

Kelainan pada concert kali ini adalah, Maher Zain akan perform secara life bersama dengan band sepenuhnya.Juga turut serta menjayakan consert beliau ini adalah rakan beliau Mesut Kurtis dari Macedonia, Irfan Makki dari Canada dan Inteam dari Malaysia.

Selain Malaysia, siri Jelajah dunia (world Tour) Maher Zain ini jugak akan mengunjungi Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Belgium, Perancis, Inggeris, Belanda, Sweden, Bosnia, Macedonia, Turki, Mesir, Jordan, Syria, Algeria, Maghribi,Sudan, Lebanon, dan Australia.

Maklumat Lanjut Mengenai Concert World Tour Maher Zain Live in Concert ini di Malaysia adalah seperti berikut:-

Masa
Jumaat, 25 Februari  2011 pukul 8:30pm
Sabtu, 26 Februari 2011 pukul 8:30pm

LokasiStadium Melawati Shah Alam
Shah Alam, Malaysia

Lain lain infoFeaturing:
MESUT KURTIS (Macedonia), IRFAN MAKKI (Canada) & INTEAM (Malaysia)

Ticket:
RM297 | RM253 | RM203 | RM103 | RM53

Tiket akan mula dijual pada minggu hadapan. Anda boleh membelinya secara online atau mendapatkannya di outlet tiket yang terpilih. Kami akan memaklumkan butiran lengkap mengenai tiket konsert tidak lama lagi. Insya Allah :)

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah melawati laman facebook Maher Zain Live in Concert.


p/s : tak sabar nak dengar Maher Zain menyayikan lagu InsyaAllah versi melayu dan excited nak tunggu album baru Maher Zain keluar pertengahan tahun 2011 ni.. :)

10 Tips Untuk Tahun 2011

| Posted in | Posted on 1:25 PTG

Hari ini dah masuk hari ke dua tahun 2011. Cepat masa berlalu..
kali ni CMM nak bg sedikit tips untuk diri sendiri dan pembaca-pembaca di luar sana,
tips sepanjang 2011, sebagai motivasi kepada kita semua. Insya Allah semua akan berjalan dengan baik sepanjang tahun 2011 ini..


Elakkan Terlibat Dengan Masalah.
Jgn bg masalah kat orang plak ok.

Sasarkan Pencapaian Yang Lebih Tinggi
Kalau rasa-rasa tinggi sangat jgn coba-coba. tak tercapai kang..

Link exchange: