KELAB CMM

Gempa dan Tsunami Terburuk Dalam Sejarah

| Posted in | Posted on 7:30 PTG


Data Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menunjukkan:-

  • gempa terkuat - 9.5 magnitud - berlaku pada 5 Mei 1960 di Chile. Bencana itu mengorbankan lebih 1,600 orang dan dua juta lagi kehilangan tempat tinggal. 
  • 9.2 magnitud: Alaska, AS pada 29 Mac 1967 - Gempa dan tsunami membunuh 128 orang dan memusnahkan bandar terbesar Alaska, Anchorage.
  • 9.1 magnitud: Indonesia, pada 26 Disember 2004 - gempa di dalam laut menyebabkan tsunami yang melanda bandar pinggir pantai di sekitar Lautan Hindi, membunuh lebih 220,000 orang. 
  • 9.0 magnitud: Russia, pada 4 November 1952 - gempa bumi di luar pantai Semenanjung Kamchatka menyebabkan tsunami di Lautan Pasifik. 
  • 9.0 magnitud: Peru, pada 13 Ogos 1868 - Pelabuhan Arica (kini menjadi sebahagian daripada Chile) dilanda gempa yang dapat dirasakan sehingga 1,400 kilometer dari situ. 
  • 9.0 magnitud: Amerika Utara, pada 26 Januari 1700 - Gegaran memberi kesan kepada 1,000 kilometer kawasan pantai dan mencetuskan tsunami di sekitar Lautan Pasifik dan memusnahkan perkampungan pinggir laut di Jepun. 
  • 9.0 magnitud: Jepun, pada 11 Mac 2011 - Gempa bumi di dasar laut menyebabkan tsunami setinggi 10 meter.

"Email/SMS BBC FLASHNEWS" Tidak Benar

| Posted in | Posted on 8:36 PTG

Berita yang tersebar tentang mengenai kebocoran di reaktor nuklear Jepun di Fukushima akibat gempa kuat Jumaat lalu, telah tersebar melalui email / SMS bukan sahaja di sekitar Filipina, malahan Malaysia tidak terkecuali. Berikut adalah email/SMS tersebut: 

BBC FLASHNEWS: Japan government confirms radiation leak at Fukushima nuclear plants. Asia countries should take necessary precautions. If rain comes, remain indoors first 24hrs. Close doors & windows. Swab neclskin with betadine where thyroid area is, radiation hits thyroid first. Take extra precautions. Radiation may hit Phil at starting 4pm today. Pls send to your loved ones.

Jika anda menerima mesej teks yang sama: JANGAN PERCAYA! JANGAN FORWARD. Ini adalah peringatan palsu yang direka untuk menyebarkan kecemasan dan panik kepada orang ramai

Berikut adalah fakta-fakta: 

BPA (Bisphenol A) Dan Mengenal Botol Susu Polikarbonat

| Posted in | Posted on 8:09 PTG

BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.



BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi

Bagaimana mahu mengenal botol susu polikarbonat itu?


Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya  mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol Susu Polikarbonat Yang Mengandungi Bisphepnol A Diharamkan!!

| Posted in | Posted on 9:41 PTG

Berikut merupakan kenyataan akhbar daripada Kementrian Kesihatan Malaysia mengenai pengharaman penjualan botol susu Polikarbonat yang mengandungi Bisphepnol A.




Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).

Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.

Tip Membeli Kereta Terpakai

| Posted in | Posted on 8:00 PG

Hai semua, ingin membeli kereta baru tapi anda tidak mampu? Mesti pernah terlintas difikiran anda hendak membeli kereta terpakai. sekiranya anda bercadang untuk membeli kereta terpakai, wajar anda bertanyakan beberapa soalan kepada pemilik sebenar, ejen atau pengusaha kereta terpakai tersebut. Ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya anda tidak menyesal selepas membeli kereta tersebut.

1. Mengapa kereta ini hendak dijual?
Jangan terpedaya dengan kereta yang kelihatan cantik dan menarik kerana mungkin ada sejarah hitam yang menyebabkan pemiliknya mahu menjual kereta itu. Jadi untuk kepastian, tanya dan buat pemeriksaan sendiri. Jika anda tidak tahu hal mengenai kereta, kalau boleh bawa rakan anda sekali semasa anda ingin membeli kereta terpakai tersebut.

2. Lihat bacaan kilometer pada odometer kereta
Biasanya sesebuah kereta mencatatkan purata 20,000 kilometer setahun. Jika kereta tersebut berusia 3 tahun dan bacaab kilometernya sudah mencecah 100,000 elakkan membelinya.

3. Periksa catatan penjagaan rekod servis penuh kereta tersebut
Rekod servis terhadap kereta tersebut boleh memberi keyakinan kepada pembeli bahawa kereta tersebut telah diselenggara dan juga dijaga dengan baik.

4. Bertanya keadaan dalam dan luar kereta tersebut
Jika  jawapan yang diberi bahawa kereta tersebut sangat bagus, tetapi apabila hakikatnya kerata berkenaan tidak menggambarkan kepada jawapan yang diberi, lupakan sahaja keinginan anda untuk membelinya. Periksa setiap inci dalam dan luar kereta. Apabila anda betul-betul pasti, barulah buat keputusan.

5. Pernakah kereta itu terlibat dalam kemalangan?
Kalau boleh semasa hendak membeli kereta terpakai, bawa mekanik untuk memeriksa kenderaan tersebut. Kalau anda mempunyai rakan yang bekerja sebagai mekanik lagi baik. Ini kerana mereka lebih memahami dan mengetahui samada kereta tersebut pernah terlibat denga kemalangan atau tidak.

6.Harga yang ditawarkan
Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan harga yang ditawarkan dengan kereta terpakai ini. Jika harga yang ditawarkan murah bagaikan tidak masuk akal, mungkin ada yang tidak kena dengan kereta tersebut. Bandingkan harga pasaran kereta tersebut selepas beberapa tahun digunakan.

Link exchange: