KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca Starch Pearls yang diimport dari Syarikat Wang Tai di Taiwan, menarik balik produk makanan tersebut dari pasaran negara ini dan melupuskannya kerana mengandungi asid maleik (maleic acid).
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu, Noraini Mohd Othman berkata sehingga kini, sebanyak 66 sampel produk makanan yang merangkumi tapioca balls atau tapioca pearls, mi dan mihun kering dan tapioca starch yang diambil di pasaran tempatan telah dianalisis.
Beliau berkata keputusan analisis menunjukkan 65 sampel didapati tidak mengandungi asid tersebut.
"Walau bagaimanapun, pengguna yang telah memakan produk tersebut sebelum ini tidak perlu bimbang kerana pengambilan asid maleik sekali sekala pada paras rendah tidak memudaratkan kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini.
Tapioca Starch Pearls biasanya digunakan sebagai makanan dalam minuman.
Dengan perkembangan itu, jumlah produk makanan yang digantung pengimportan oleh kementerian itu kini berjumlah 16 produk.
Katanya kementerian memantau rapi produk makanan diimport dari Taiwan yang berada di pasaran tempatan, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi 03-888 33652 atau 03-888 33653 atau melayari laman web kementerian. - Bernama
Vios generasi ke 3 ini menjadi perhatian ramai kerana beberapa spesifikasi yang baru, ianya mengalami perubahan besar walaupun masih menggunakan platform yang sama. Interior Design Vios baru ini sangat menarik dengan penampilan "stiching image" pada bahagian papan pemuka.
Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan sekitar Vios baru ini akan masuk ke pasaran pada penghujung tahun 2013.
Bagaimanapun, Toyota Vios 2013 masih mengekalkan kuasa engine sama seperti sebelumnya, dilengkapi enjin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.
Sistem gantungan (suspension) juga masih dikekalkan seperti model sebelumnya seperti sistem gantungan belakang yang masih mengekalkan ‘Torsion beam with stabilizer’, digandingkan bersama ‘Mcpherson strut with stabilizer’ di bahagian depannya.
Untuk pasaran Thailand, empat varian ditawarkan, dimulai varian tertinggi 1.5S dan 1.5G, diikuti kemudiannya oleh varian 1.5E dan 1.5J. Varian 1.5E dan 1.5J turut dilengkapi pilihan transmisi manual lima kelajuan, dengan kesemua varian dilengkapi transmisi automatik empat kelajuan standard.
Menyentuh mengenai senarai harga yang ditawarkan oleh pengeluarnya untuk pasaran Thailand, Toyota Vios 2013 berharga dari 559,000 THB untuk varian 1.5J manual, dengan harga tertinggi 734,000 THB menjadi milik varian teratas 1.5S.
Senarai di bawah menerangkan dengan lebih jelas harga yang ditawarkan untuk kesemua varian Vios 2013 di pasaran Thailand, untuk pasaran Malaysia belum ada lagi dikeluarkan.
Toyota Vios 1.5S (4A/T) – 734,000 THB (RM77,597.75)
Toyota Vios 1.5G (4A/T) – 699,000 THB (RM73,897.58)
Toyota Vios 1.5E (4A/T) – 649,000 THB (RM68,611.63)
Toyota Vios 1.5E (5M/T) – 614,000 THB (RM64,911.47)
Toyota Vios 1.5J (4A/T) – 589,000 THB (RM62,268.49)
Toyota Vios 1.5J (5M/T) – 559,000 THB (RM59,096.92)
Assalamualaikum ustaz., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap atau contact lense ?
Jawapan
Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.
1. Tujuan perubatan –
Iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. HUKUMNYA HARUS dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan –
Iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya). c) Tidak mengubah ciptaan Allah. d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan. e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir f) Tidak berlebihan. g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan HARAM MEMAKAI CONTACT LENSE BERWARNA(yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya) By: Ma'ar Rahman
Salam semua, fuhhh... dah bersawang dah blog ni.. lama dah takde update. sorry sebab sukar nak curi masa untuk update. Anyway jom kita lihat 6 kebaikan mandi sebelum subuh. Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
Slm semua, dalam bulan ramadhan yang mulia ini, jom kita usha antara makananan penyebab lupa. Actually boleh makan, tapi dalam kadar yang sikit, jgn terlalu berlebihan. Antara makanan tersebut:
Terlalu banyak makan apel yang sudah masam.
Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jarak buah.
Banyak makan bawang.
Banyak makan makanan yang mengandung rempah dan ketumbar kering.
Memakan kepala ikan.
Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut, semut dipercayai mengandung sejenis zat kimia yang bisa melemahkan ingatan.
Makan terlalu kenyang.
Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
Banyak makan makanan yang mengandung bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet, umpamanya minuman bergas dan makanan cepat saji (junk food). Bahan kimia di dalamnya bisa menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Bersama-sama kita jaga pemakanan kita. Tubuh sihat hati bahagia..
Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???
Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.
Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..
1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Seterusnya, kalau anda sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan anda pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking anda. kalau jari anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. cuba periksa tapak tangan masing-masing, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje. Selain itu, pernah tak sahabat-sahabat mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric. Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.
Seterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya anda sebagai seorang wanita. cuba sahabat-sahabat tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat.. insya allah...
Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..
Wallahua'lam..
JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA
SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
Jika Blackberry PlayBook adalah betul-betul sebuah buku atau novel, ia akan menjadi cerita yang menyedihkan pernah dikisahkan kepada manusia. Ia bermula dengan pilihan pelik apabila pembangun PlayBook diketepikan dalam pembangunan aplikasi untuk e-mel, hubungan atau contact dan kalendar dari tablet. Ia seakan memberitahu kita RIM sebagai syarikat pengeluar mungkin ditafsir sebagai "tablet profesional paling buruk dalam prestasi". Lebih menjengkelkan, aplikasi hiburan dan sosial popular rangkaian sosial dan hiburan seperti Facebook dan Angry Birds tiada ketika pelancarannya buat pertama kali. Lebih memburukkan lagi keadaan, RIM telah melambatkan kemaskini OS 2.0 untuk PlayBook, naik taraf perisian yang kritikal untuk survival tablet, sehinggalah Februari tahun ini. RIM juga kelihatan terpaksa mengurangkan harga PlayBook kepada $199 walaupun enam bulan sebelum itu, tablet tersebut dilancarkan dengan tag harga $499. Menurut Los Angeles Times, RIM memaklumkan pada awal Disember 2011 bahawa ia kehilangan $485 juta disebabkan oleh PlayBook yang tidak terjual.
Hi semua, tahun 2011 bakal meninggalkan kita. Banyak yang dah kita lalui, pahit manis dalam tahun 2011 kan. Whishlist tahun 2011 pun maybe ade lagi yang tak terlaksana.. ye tak?
Ok la, hari ni CMM just nak update upcoming movies pada tahun 2012 yang mesti atau wajib tonton. Excited nak tunggu favourite movie ni bakal keluar. Kebanyakan daripada movie movie ni adalah movie kesinambungan atau sequel dari yang lepas.
Jom kita usha,
JANUARI 2012
Underworld: Awekening:
Synopsis: Kate Beckinsale, star of the first two films, returns in her lead role as the vampire warrioress Selene, who escapes imprisonment to find herself in a world where humans have discovered the existence of both Vampire and Lycan clans, and are conducting an all-out war to eradicate both immortal species.
Sequel:
Underworld (2003)
Underworld: Evolution (2006)
Underworld: Rise of the Lycans (2009)
Underworld: Awekening (2012)
FEBRUARY 2012
Ghost Rider: Spirit of Vangeance
Synopsis: Johnny Blaze returns in the sequel to the 2007 comic book movie.The story sees Johnny Blaze, aka Ghost Rider (Nicholas Cage), hiding out in remote Eastern Europe and struggling to repress his curse. Blaze is recruited by a sect to take on The Devil (Ciaran Hinds), who wants to take over his mortal son’s body on the kid’s birthday. Idris Elba plays an alcoholic warrior monk tasked with finding Ghost Rider. Johnny Whitworth plays a criminal who is recruited by The Devil to find the boy and is later turned into a demonic creature
MARCH 2012
Wrath of the Titans
Synopsis: After Ares betrays Zeus to the Titans, Perseus treks to the underworld to rescue Zeus, overthrow the Titans and save mankind.A decade after his heroic defeat of the monstrous Kraken, Perseus—the demigod son of Zeus—is attempting to live a quieter life as a village fisherman and the sole parent to his 10-year old son, Helius. Meanwhile, a struggle for supremacy rages between the gods and the Titans. Dangerously weakened by humanity’s lack of devotion, the gods are losing control of the imprisoned Titans and their ferocious leader, Kronos, father of the long-ruling brothers Zeus, Hades and Poseidon. The triumvirate had overthrown their powerful father long ago, leaving him to rot in the gloomy abyss of Tartarus, a dungeon that lies deep within the cavernous underworld.
Perseus cannot ignore his true calling when Hades, along with Zeus’ godly son, Ares (Edgar RamÃrez), switch loyalty and make a deal with Kronos to capture Zeus. The Titans’ strength grows stronger as Zeus’ remaining godly powers are siphoned, and hell is unleashed on earth. Enlisting the help of the warrior Queen Andromeda (Rosamund Pike), Poseidon’s demigod son, Argenor (Toby Kebbell), and fallen god Hephaestus (Bill Nighy), Perseus bravely embarks on a treacherous quest into the underworld to rescue Zeus, overthrow the Titans and save mankind.
APRIL 2012
American Reunion
Synopsis: In the comedy American Reunion, all the American Pie characters we met a little more than a decade ago return to East Great Falls for their high-school reunion. In one long-overdue weekend, they will discover what has changed, who hasn't and that time and distance can't break the bonds of friendship.
It was summer 1999 when four small-town Michigan boys began a quest to lose their virginity. In the years that have passed, Jim and Michelle married while Kevin and Vicky said goodbye. Oz and Heather grew apart, but Finch still longs for Stifler's mom. Now these lifelong friends have come home as adults to reminisce about—and get inspired by—the hormonal teens who launched a comedy legend.
MAY 2012
The Avengers
Synopsis: The Avengers will bring together the super hero team of Marvel Comics characters for the first time ever, including Iron Man, Captain America, Thor, The Hulk and more, as they are forced to band together to battle the biggest foe they’ve ever faced.
Battleship
Synopsis: Aliens, known as The Regents, arrive on Earth to build a power source in the ocean when they come in contact with a navy fleet.
Men In Black III (2012)
Synopsis: The MIB duo of Agent Jay (Will Smith) and Agent Kay (Tommy Lee Jones) are back in action. When the world is threatened by an evil alien, Agent Jay travels back in time to 1969, where he teams up with the younger Agent Kay to stop an evil villain named Boris (Jemaine Clement) from destroying the world in the future. Emma Thompson will play take-charge MIB operative Agent Oh, who is monitoring a prison breakout.
JUNE 2012
Snow White and the Huntsman
Synopsis: Snow White, a princess, escapes her evil stepmother with the help of a huntsman who was supposed to kill her but instead trains the princess to fight back
Madagascar 3: Eurpe Most Wanted
Synopsis: Alex the Lion, Marty the Zebra, Gloria the Hippo, and Melman the Giraffe are still fighting to get home to their beloved Big Apple; King Julien, Maurice and the Penguins are along for the adventure. This time the road takes them through Europe where they find the perfect cover: a traveling circus, which they reinvent Madagascar style!
Jack The Giant Killer
Synopsis: A drama that takes an adult look at the Jack and the Beanstalk legend. When a princess is kidnapped, the long-standing peace between men and giants is threatened. A young farmer is given an opportunity to lead a dangerous expedition to the giants' kingdom in hopes of rescuing her
G.I Joe: Retaliation (2012)
JULY 2012
The Amazing Spiderman (2012)
Synopsis: Peter Parker (Andrew Garfield) is going back to high school when the next "Spider-Man" hits theaters in the summer of 2012. The film will focus on a teenager grappling with both contemporary human problems and amazing super-human crises.
Ice Age: Continental Drift
Synopsis: The 4th installment of the "Ice Age" franchise sees Manny, Sid, Diego, Ellie and Scrat frozen solid and accidentally defrosted in a museum in present day.
The Dark Knight Rises (2012)
Synopsis: Eight years after the events of The Dark Knight, Batman faces challenges from the brutal Bane and the stealthy Catwoman.
AUGUST 2012
The Expandables
Synopsis: Sylvester Stallone told the LA Times that if The Expendables does well, investors would likely fund a sequel for which he has "an idea ready to go." He did not reveal any plot details though.
SEPTEMBER 2012
Resident Evil 5: Retribution (2012)
OCTOBER 2012
Paranormal Activity 4
The Texas Chainsaw Massacre 3D
Synopsis: Based on the 1974 film, "The Texas Chainsaw Massacre," directed by Tobe Hooper. The story will pick up immediately where Tobe Hooper's original left off before flashing forward 35 years.
NOVEMBER 2012
James Bond: Skyfall
Synopsis: The story is set to begin where James Bond ended after Quantum of Solace. Little else is known about the plot.
The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2
DECEMBER 2012
The Hobbit: An Unexpected Journey
Synopsis: This prequel to The Lord of the Rings trilogy follows Bilbo Baggins, an upstanding member of the "little people,” on the hazardous journey with Gandalf the Grey. Together with 13 fortune-seeking dwarves, Bilbo Baggins will be swept out his door and into a dangerous but grand adventure through the Lonely Mountains, where he must contend against all manner of enemies, from dragons, to giant spiders, hostile elves, ravenous wolves, and – perhaps the most perilous of all – a subterranean creature named Gollum from whom Bilbo wins a magical ring (the ring that rules them all) in a riddling contest
Actually ade banyak lagi movie yang bakal ditayangkan pada tahun 2012, but so far yang masuk dalam list yang CMM nak tonton yang ni la. Ini pun tak termasuk filem melayu lagi...
Hi semua, dah lama tak update blog ni. Susah nak cari masa yang sesuai kot.. hehehe.. Oklah kali ni nak bagi info mengenai kelebihan mandi yang maybe kita ambil ringan atau tak tahu langsung.
Menurut Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Salam, baru-baru ni pada 03 October 2011, CMM berkesempatan untuk menyaksikan tayangan eksklusif filem Al-Hijab bersama Media Hiburan dan juga barisan pelakon dalam filem Al-Hijab ini di Cathay Cineplex di e@curve, Damansara..
Fathia dan Umi Maimun Ditemuramah sebelum tayangan bermula
Sedikit review mengenai movie ini adalah berkisar seorang Pelakon iaitu Rafael (Pierre Andre) yang mulanya adalah sekadar pelakon tambahan dan untuk komersial saje. Dengan Bakat yang dimilikinya sebuah syarikat telah menawarkan watak utama untuknya dan iainya adalah cerita hantu. Masalah Rafael ni, dia kurang percaya dengan hantu dan tidak takut dengan semua tu. So demi filem yang bakal dibintanginya, Rafael ni buat macam-macam supaya feel takut tu ada dan nampak dalam lakonannya nanti. Tgk DVD hantu la, pegi tempat-tempat yang keras la dan macam-macam lagi tapi tak juga dapat feel yang die nak.
Sehinggalah pada suatu hari, Rafael terdetik untuk membuka Hijabnya. Rafael telah dihubungi oleh seseorang yang mengenali arwah ibunya (lakonan Umi Maimun) melalui sms untuk membantunya membuka hijabnya. Dan dari sini lah bermula episod yang cukup meyeramkan dalam hidup Rafael kerana hijabnya telah dibuka dan dia boleh nampak apa sahaja yang mata kasar seorang manusia biasa tak boleh nampak.
Secara keseluruhan, filem ni memang best dan cukup, cukup, cukup ... haaa... 3 kali cukup menyeramkan dan suspen. Namun dalam seram-seram tu ada jugak diselitkan humor bile Rafael menumpang untuk ke bandar menaiki Pick-up. Ending sedikit tergantung mungkin senang kalau nak buat sequal kot. But Overall this Al-Hijab Film i give 4.5 star. Kategori rugi kalau tak tengok...
Salam, macam dah lama dah tak update blog CMM ni.. Bz sikit la.. Tapi dalam Bz2 ni, bile buka akaun nuffnang, terkejut.. happy.. dan Syukur Alhamdulillah.. BE yang dulu tu semua dah tamat,dah jadi metered Earning dah pun. Tapi yang bestnyer tu nuffnang bagi lagi 3 BE yang baru. Tak putus2.. Thanks nuffnang . Harap2 berterusan mcm ni.. hehehehe.. So peluang mcm ni tak patut dilepaskan..
Seorang penjenayah siber telah berjaya mencuri £ 35.000 dari akaun bank jiran-jiran beliau dengan menggunakan maklumat yang dipaparkan pada Facebook halaman profil mereka.
Iain Wood, 33, Newcastle, akan mengumpul maklumat mengenai sasaran dari laman rangkaian sosial Faceboobk untuk mendapatkan soalan-soalan keselamatan dan mencuri wang untuk berjudi.
Newcastle Crown Court diberitahu bagaimana dia berpura-pura menjadi jiran-jiran dalam blok menara itu untuk mendapatkan kata laluan akaun simpanan bank dan kad bank lalu memintas akaun mereka.
Sumber - Yahoo News
Modus operandi, dia akan menghubungi pusat khidmat pelanggan dan berkata dia tidak ingat kata laluan. Pihak bank akan bertanya soalan keselamatan seperti tarikh lahir serta nama ibu dan dia mampu untuk memberikan maklumat yang betul dalam beberapa kes.
Dia akan berkawan dengan orang-orang di dalam Facebook dan mendapatkan nama pengguna mereka ini, dan kemudian dia akan mencuba pada laman web bank, atas dasar mereka menggunakan kata laluan yang sama.
Wood dapat menipu sistem selama dua tahun sehingga dia menjadi leka dan mula memindahkan wang daripada akaun seorang jirannya dan terus ke dalam sendiri.
Penipuan rumit beliau digagalkan apabila salah satu mangsa dihubungi pihak bank atas penarikan balik £ 1.500 dan pihak polis telah dipanggil.
Wood telah dipenjara selama 15 bulan untuk kesalahan yang berlangsung antara Jun 2008 dan Jun 2010.
Pengajarannya di sini, berhati-hati dengan profil facebook anda. Jangan berikan maklumat yang terlalu detail seperti alamat, no. telefon dan sebagainya..
Salam Ramadhan kepada semua, hari ni dah masuk hari ke-17 kita berpuasa. Lagi dua minggu dah nak Raya. So persiapan raya mcm mana tahun ni? Baju Raya berapa pasang? Kuih raya buat sendiri ker or main tunjuk jer kat kedai? Ok bercerita pasal kuih raya ni, tak kira la biskut ker, kek ker dan yg sewaktu dengannya. Perlu diingatkan kepada semua umat Islam yang membeli kuih raya tu supaya extra carefull mengenai ingredients kuih-kuih tu. Diingatkan jangan beli kuih raya yang diperbuat or mengandungi bahan Pure Creamery Butter-Golden, sebab bahan ni dah disahkan tidak halal oleh Jakim.
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
Salam semua, hari ni dah masuk hari 10 kita berpuasa, semoga amalan kita diterima. Ok la, nak dijadikan cerita blog CMM ni dah nak masuk setahun dah. Trafik pun takde la ramai mana, tapi dalam bulan ni jer dah dapat 3 BE dari nuffnang. Yang terbaru sekali tu yang kempen Perodua Tweckbot tu. Ni kira 1st time dapat BE la ni.. Sebelum ni just dapat campaign jer.. Rezeki bulan puasa la agaknya, Alhamdulillah. Pendapatan semasa tu takde la banyak mana pun, tapi ade la.. tu pun dah kira syukur. Anyway Tima Kaseh to Nuffnang sebab bagi BE, nanti kalau BE ni dah tamat jangan lupa bagi lagi.. Hehehehe
Salam ramadhan kepada semua pembaca or peminat blog CMM.. peminat?? mcm la ade.. hehehehe.. Ok lah, kali ni sebenarnya takde idea nak tulis ape, tapi nak tulis jugak entry ni walaupun dah tau mesti ramai orang di luar sana dah tulis pasal bangunan tertinggi di dunia ni kan.. Takpe kita layan jer, manalah tau yang saya tulis ni berlainan. hehehehe...
Sekarang ni, bandar-bandar besar di dunia berebut-rebut nak bina bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi kan. Hmmmm.. ni tanda-tanda kiamat lah ni. Anyway jom kita lihat senarai bangunan pencakar langit di sekitar bumi ini yang disusun mengikut tinggi struktur (tinggi dari tapak tanah hingga unsur struktur tertinggi) dan titik tertinggi bangunan.
1. Burj Khalifah, Dubai, Emeriah Arab Bersatu.
Merupakan sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828m. Bangunan ini mempunyai 163 tingkat dan pembinaannya mengambil masa selama lebih kurang 5 tahun. Siap dibina pada tahunn 2009.
Burj Khalifah telah dirasmikan pembukaannya pada 4 Januari 2010. Bangunan ini mempunyai lift tercepat dengan kecepatan 60 km / jam. Bangunan ini memiliki rekod lantai terbanyak: 163 lantai (sebelumnya dipegang oleh Willis Tower dan World Trade Center – 110 Lantai).
2. Taipei 101, Taipei Taiwan.
Taipei 101 ialah sebuah pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat dan terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Mempunyai ketinggian setinggi 509m. Mula dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2004. Dibuka secara rasmi pada 31 December 2004.
Bangunan ini mempamerkan penggunaangentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat. Lifnya mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat. Pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91. Sebuah teknologi mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan, dan angin. Teknologi ini mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara.
3. Pusat Kewangan Dunia Shanghai, China
Pusat Kewangan Dunia Shanghai adalah menara mega tinggi yang terletak di Shanghai, China. Menara ini mempunyai pelbagai kegunaan seperti pejabat, hotel, muzium, geladak pemerhati, medan letak kereta dan kedai.
Menara pencakar langit tersebut ini mencapai ketinggian 494.4m dan siap dibina pada tahun 2008. Dibuka secara rasmi pada 30 ogos 2008. Ia juga mempunyai 101 bilangan tingkat
Features yang paling khas dari design bangunan adalah lubang berukuran besar di puncak yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan angin. Bangunan ini letaknya bersebelahan dengan Jin Mao Tower.
Ramadhan menjelma lagi. Apa yang terbayang di kotak fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ialah kemeriahan pasar atau bazar Ramadhan. Ia seakan-akan pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman yang disediakan khusus buat juadah berbuka. Setelah seharian berpuasa, pastinya pelbagai juadah akan dibeli apabila berkunjung ke pasar atau bazar Ramadhan ini. Pada masa ini, apa saja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan tersebut. Apa yang paling penting, rata-rata antara kita mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.
Kenapa perlu makan secara sihat pada bulan Ramadhan ?
Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa. Ini lebih-lebih lagi semasa menjalani ibadah puasa. Ini adalah penting untuk mengelak beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Sekiranya masalah ini berlaku pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.
Amalan pemakanan sihat di bulan Ramadhan
Kunci kepada amalan makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan walaupun di bulan puasa. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup.