KELAB CMM

Memaparkan catatan dengan label Info CMM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info CMM. Papar semua catatan

Toyota Vios 2013

| Posted in , | Posted on 8:20 PTG

Vios generasi ke 3 ini menjadi perhatian ramai kerana beberapa spesifikasi yang baru, ianya mengalami perubahan besar walaupun masih menggunakan platform yang sama. Interior Design Vios baru ini sangat menarik dengan penampilan "stiching image" pada bahagian papan pemuka.


Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan sekitar Vios baru ini akan masuk ke pasaran pada penghujung tahun 2013.


Bagaimanapun, Toyota Vios 2013 masih mengekalkan kuasa engine sama seperti sebelumnya, dilengkapi enjin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.


Sistem gantungan (suspension) juga masih dikekalkan seperti model sebelumnya seperti sistem gantungan belakang yang masih mengekalkan ‘Torsion beam with stabilizer’, digandingkan bersama ‘Mcpherson strut with stabilizer’ di bahagian depannya.



Untuk pasaran Thailand, empat varian ditawarkan, dimulai varian tertinggi 1.5S dan 1.5G, diikuti kemudiannya oleh varian 1.5E dan 1.5J. Varian 1.5E dan 1.5J turut dilengkapi pilihan transmisi manual lima kelajuan, dengan kesemua varian dilengkapi transmisi automatik empat kelajuan standard.


Menyentuh mengenai senarai harga yang ditawarkan oleh pengeluarnya untuk pasaran Thailand, Toyota Vios 2013 berharga dari 559,000 THB untuk varian 1.5J manual, dengan harga tertinggi 734,000 THB menjadi milik varian teratas 1.5S.


Senarai di bawah menerangkan dengan lebih jelas harga yang ditawarkan untuk kesemua varian Vios 2013 di pasaran Thailand, untuk pasaran Malaysia belum ada lagi dikeluarkan.


Toyota Vios 1.5S (4A/T) – 734,000 THB (RM77,597.75)
Toyota Vios 1.5G (4A/T) – 699,000 THB (RM73,897.58)
Toyota Vios 1.5E (4A/T) – 649,000 THB (RM68,611.63)
Toyota Vios 1.5E (5M/T) – 614,000 THB (RM64,911.47)
Toyota Vios 1.5J (4A/T) – 589,000 THB (RM62,268.49)
Toyota Vios 1.5J (5M/T) – 559,000 THB (RM59,096.92)



Persoalan Hukum Pemakaian Kanta Lekap / Contact Lens

| Posted in | Posted on 8:03 PTG



Soalan

Assalamualaikum ustaz., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap atau contact lense ?

Jawapan

Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan –

Iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. HUKUMNYA HARUS dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan –

Iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan HARAM MEMAKAI CONTACT LENSE BERWARNA(yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doktor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya)

By: Ma'ar Rahman

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

| Posted in , | Posted on 6:36 PTG


Salam semua, fuhhh... dah bersawang dah blog ni.. lama dah takde update. sorry sebab sukar nak curi masa untuk update. Anyway jom kita lihat 6 kebaikan mandi sebelum subuh. Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Makanan Penyebab Lupa

| Posted in | Posted on 12:05 PTG


Slm semua, dalam bulan ramadhan yang mulia ini, jom kita usha antara makananan penyebab lupa. Actually boleh makan, tapi dalam kadar yang sikit, jgn terlalu berlebihan.

Antara makanan tersebut:


  1. Terlalu banyak makan apel yang sudah masam.
  2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jarak buah.
  3. Banyak makan bawang.
  4. Banyak makan makanan yang mengandung rempah dan ketumbar kering.
  5. Memakan kepala ikan.
  6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut, semut dipercayai mengandung sejenis zat kimia yang bisa melemahkan ingatan.
  7. Makan terlalu kenyang.
  8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
  9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
  10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
  11. Banyak makan makanan yang mengandung bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet, umpamanya minuman bergas dan makanan cepat saji (junk food). Bahan kimia di dalamnya bisa menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Bersama-sama kita jaga pemakanan kita. Tubuh sihat hati bahagia..

sumber : ms elim

Jangan Minum Berdiri

| Posted in , | Posted on 1:04 PTG



Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK.. 

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

By: Ma'ar Rahman

Ketahui Rahsia Penyakit Melalui Jari

| Posted in | Posted on 7:53 PTG




Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus 
Jari tengah : Jantung 
Jari Manis : Imuniti 
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang 


Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit. 


Seterusnya, kalau anda sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan anda pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking anda. kalau jari anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh. 


Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. cuba periksa tapak tangan masing-masing, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje. Selain itu, pernah tak sahabat-sahabat mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser. 


Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric. Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya. 


Seterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya anda sebagai seorang wanita. cuba sahabat-sahabat tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat.. insya allah... 


Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang.. 


Wallahua'lam.. 


JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA

Petua Tidur Nabi S.AW

| Posted in | Posted on 12:58 PTG




SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

Antara 5 Gajet Yang "Gagal"

| Posted in | Posted on 7:23 PTG

1. Blackberry Playbook 


Jika Blackberry PlayBook adalah betul-betul sebuah buku atau novel, ia akan menjadi cerita yang menyedihkan pernah dikisahkan kepada manusia. Ia bermula dengan pilihan pelik apabila pembangun PlayBook diketepikan dalam pembangunan aplikasi untuk e-mel, hubungan atau contact dan kalendar dari tablet. Ia seakan memberitahu kita RIM sebagai syarikat pengeluar mungkin ditafsir sebagai "tablet profesional paling buruk dalam prestasi". Lebih menjengkelkan, aplikasi hiburan dan sosial popular rangkaian sosial dan hiburan seperti Facebook dan Angry Birds tiada ketika pelancarannya buat pertama kali. Lebih memburukkan lagi keadaan, RIM telah melambatkan kemaskini OS 2.0 untuk PlayBook, naik taraf perisian yang kritikal untuk survival tablet, sehinggalah Februari tahun ini. RIM juga kelihatan terpaksa mengurangkan harga PlayBook kepada $199 walaupun enam bulan sebelum itu, tablet tersebut dilancarkan dengan tag harga $499. Menurut Los Angeles Times, RIM memaklumkan pada awal Disember 2011 bahawa ia kehilangan $485 juta disebabkan oleh PlayBook yang tidak terjual.

Khasiat & Teknik Mandi Terbaik

| Posted in | Posted on 10:52 PG


Hi semua, dah lama tak update blog ni. Susah nak cari masa yang sesuai kot.. hehehe.. Oklah kali ni nak bagi info mengenai kelebihan mandi yang maybe kita ambil ringan atau tak tahu langsung.

Menurut Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.


Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya. 

Hacker Mencuri £ 35k Dengan Menggunakan Laman Facebook

| Posted in | Posted on 10:47 PG

Seorang penjenayah siber telah berjaya mencuri £ 35.000 dari akaun bank jiran-jiran beliau dengan menggunakan maklumat yang dipaparkan pada Facebook halaman profil mereka.

Iain Wood, 33, Newcastle, akan mengumpul maklumat mengenai sasaran dari laman rangkaian sosial Faceboobk untuk mendapatkan soalan-soalan  keselamatan dan mencuri wang untuk berjudi.

Newcastle Crown Court diberitahu bagaimana dia berpura-pura menjadi jiran-jiran dalam blok menara itu untuk mendapatkan kata laluan akaun simpanan bank dan kad bank lalu memintas akaun mereka.

Sumber - Yahoo News

Modus operandi, dia akan menghubungi pusat khidmat pelanggan dan berkata dia tidak ingat kata laluan. Pihak bank akan bertanya soalan keselamatan seperti tarikh lahir serta nama ibu dan dia mampu untuk memberikan maklumat yang betul dalam beberapa kes.

Dia akan berkawan dengan orang-orang di dalam Facebook dan mendapatkan nama pengguna mereka ini, dan kemudian dia akan mencuba pada laman web bank, atas dasar mereka menggunakan kata laluan yang sama.

Wood dapat menipu sistem selama dua tahun sehingga dia menjadi leka dan mula memindahkan wang daripada akaun seorang jirannya dan terus ke dalam sendiri.

Penipuan rumit beliau digagalkan apabila salah satu mangsa dihubungi pihak  bank atas penarikan balik £ 1.500 dan pihak polis telah dipanggil.

Wood telah dipenjara selama 15 bulan untuk kesalahan yang berlangsung antara Jun 2008 dan Jun 2010.

Pengajarannya di sini, berhati-hati dengan profil facebook anda. Jangan berikan maklumat yang terlalu detail seperti alamat, no. telefon dan sebagainya..

10 Bangunan Tertinggi Di Bumi 2011

| Posted in | Posted on 11:04 PTG

Salam ramadhan kepada semua pembaca or peminat blog CMM.. peminat?? mcm la ade.. hehehehe.. Ok lah, kali ni sebenarnya takde idea nak tulis ape, tapi nak tulis jugak entry ni walaupun dah tau mesti ramai orang di luar sana dah tulis pasal bangunan tertinggi di dunia ni kan.. Takpe kita layan jer, manalah tau yang saya tulis ni berlainan. hehehehe...


Sekarang ni, bandar-bandar besar di dunia berebut-rebut nak bina bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi kan. Hmmmm.. ni tanda-tanda kiamat lah ni. Anyway jom kita lihat senarai bangunan pencakar langit di sekitar bumi ini yang disusun mengikut tinggi struktur (tinggi dari tapak tanah hingga unsur struktur tertinggi) dan titik tertinggi bangunan.


1. Burj Khalifah, Dubai, Emeriah Arab Bersatu.


Merupakan sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828m. Bangunan ini mempunyai 163 tingkat dan pembinaannya mengambil masa selama lebih kurang 5 tahun. Siap dibina pada tahunn 2009.

Burj Khalifah telah dirasmikan pembukaannya pada 4 Januari 2010. Bangunan ini mempunyai lift tercepat dengan kecepatan 60 km / jam. Bangunan ini memiliki rekod lantai terbanyak: 163 lantai (sebelumnya dipegang oleh Willis Tower dan World Trade Center – 110 Lantai).







2. Taipei 101, Taipei Taiwan.
Taipei 101 ialah sebuah pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat dan terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Mempunyai ketinggian setinggi 509m.  Mula dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2004. Dibuka secara rasmi pada 31 December 2004.

Bangunan ini mempamerkan penggunaangentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat. Lifnya mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat. Pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91. Sebuah teknologi mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan, dan angin. Teknologi ini mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara.








3. Pusat Kewangan Dunia Shanghai, China


Pusat Kewangan Dunia Shanghai adalah menara mega tinggi yang terletak di Shanghai, China. Menara ini mempunyai pelbagai kegunaan seperti pejabat, hotel, muzium, geladak pemerhati, medan letak kereta dan kedai.

Menara pencakar langit tersebut ini mencapai ketinggian 494.4m dan siap dibina pada tahun 2008. Dibuka secara rasmi pada 30 ogos 2008. Ia juga mempunyai 101 bilangan tingkat


Features yang paling khas dari design bangunan adalah lubang berukuran besar di puncak yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan angin. Bangunan ini letaknya bersebelahan dengan Jin Mao Tower.




Puasa Bukan Alasan untuk Tidak Makan Secara Sihat

| Posted in | Posted on 9:20 PTG


Ramadhan menjelma lagi. Apa yang terbayang di kotak fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ialah kemeriahan pasar atau bazar Ramadhan. Ia seakan-akan pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman yang disediakan khusus buat juadah berbuka. Setelah seharian berpuasa, pastinya pelbagai juadah akan dibeli apabila berkunjung ke pasar atau bazar Ramadhan ini. Pada masa ini, apa saja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan tersebut. Apa yang paling penting, rata-rata antara kita mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.

Kenapa perlu makan secara sihat pada bulan Ramadhan ?

Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa. Ini lebih-lebih lagi semasa menjalani ibadah puasa. Ini adalah penting untuk mengelak beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Sekiranya masalah ini berlaku pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.


Amalan pemakanan sihat di bulan Ramadhan

Kunci kepada amalan makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan walaupun di bulan puasa. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup.


Chernobyl Bandar Kosong Tiada Penghuni

| Posted in | Posted on 11:25 PTG

Hai...Korang mesti dah tengok filem Transformer Dark of the Moon kan... ade tak korang perasan lokasi di mana Optimus Prime pertama kali bertembung dengan Shockwave. Ala.. tempat tu maccm kilang lama yang telah ditinggalkan. Ingat tak? Kalau korang nak tau, lokasi sebenar itu adalah di Pripyat, Ukraine. Korang tau tak bandar tu sebenarnya memang dah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni sejak tahun 1986. Nak tau kenapa? jom kita baca selanjutnya.




Bandar ini adalah sebuah bandar yang telah ditinggalkan dan dikosongkan. Semuanya gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan Kuasa Nuklear Chernobyl pada April 1986. Seluruh alam sekitar telah tercemar dengan kesan radioaktif dan pada manusia pula walaupun sudah beberapa generasi namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya. pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat ini dalam masa satu hari selepas kejadian itu berlaku. Disebabkan pencemaran itu masih ada maka sehingga ke hari ini Bandar itu ditinggalkan tanpa berpenghuni. Seolah-olah seperti bandar berhantu, binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.



Ukrain bercadang untuk menjadikan lokasi bencana nuklear terburuk di dunia sebagai kawasan pelancongan kepada umum tahun depan. Zon yang dikurung sekitar Chernobyl akan dibuka dalam radius 30 batu untuk membolehkan pelancong melihat sendiri kawasan yang telah musnah akibat letupan nuklear dari kilang nuklear di Chernobyl. Selain bandar Chernobyl bakal dijadikan tempat pelancongan utama, kawasan bandar Pripyat juga bakal menerima pelancong walaupun bandar itu kini telah ditinggalkan akibat bencana yang berlaku.



Sepanjang pelancong melawat kawasan sekitar, pelancong diminta untuk bergerak dalam kumpulan demi menjaga keselamatan pelancong. Wujud syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan melancong ke daerah larangan,namun demikian kerajaan Russia tidak membenarkannya kerana itu kawasan haram dan melawat ke kawasan tersebut tidak dapat menjamin keselamatan pelancong. Rancangan pelancongan ke kawasan ini disokong oleh pegawai PBB kerana pelancongan ke Chernobyl boleh membantu pengajaran penting dalam keselamatan nuklear.





penduduk diarahkan untuk mengosongkan rumah dan tidak perlu membawa apa-apa kerana mereka diberitahu tempoh darurat hanya sementara. sebaliknya, sehingga kini, setelah berpuluh tahun, kota tersebut masih menjadi kota mati. 

Stesen Janakuasa Chernobyl terletak di Pripyat, Ukraine ialah sebuah stesen janaelektrik yg menggunakan tenaga nuklear, mempunyai 4 reaktor yg berkeupayaan membekalkan 1000 MegaWatt tenaga elektrik setiap satu

pada 26 April 1986 kira-kira pukul 1:23 pagi waktu tempatan, kegagalan reaktor 4 di stesen tersebut menyebabkan terjadinya bencana nuklear terburuk dlm sejarah, membunuh lebih dari 50 penduduk termasuk kanak-kanak dan pekerja, 300 000 lagi terpaksa berpindah dan lebih 600 000 disyaki terkena dedahan radiasi

sehingga ke hari ini, daerah chernobyl telah ditinggalkan sejak bencana tersebut berlaku..

Sejarah janakuasa
  • dibina atas sebab keperluan tenaga elektrik yg tinggi
  • Ukraine pada ketika itu di bawah pemerintahan Soviet Union (sehingga 1991)
  • janaelektrik nuklear dipilih kerana Ukraine mempunyai lambakan uranium berbanding arang dan minyak
  • stesen dibina di bandar Pripyat kerana lebih hampir dengan penempatan pekerja dan keluarga merekaPunca letupan
kegagalan ujian utk mengenalpasti kesan apabila reaktor digerakkan pada tenaga yg rendah

Sistem reaktor
  • dinamakan RBMK Reactor, (reaktor bolshoy moshchnosty kanalny)
  • satu-satunya reaktor yg menggunakan air sebagai penyejuk dan grafit sebagai moderator
  • prinsip rekaan diambil dari reaktor yg menghasilkan plutonium
  • Rusia menggunakannya sebagai reaktor tenaga dan menghasilkan plutonium

Susunan kejadian


25 April 1986:

1:00 pm
  • Anatoly Dyatlov (ketua jurutera) membuat persiapan utk melaksanakan ujian, Control Rods diturunkan di dlm reaktor, lalu memperlahankan tindakbalas kimia
2:00 pm 
  • langkah seterusnya, mematikan sistem penyejukan kecemasan, dimana ianya melanggar protokol keselamatan stesen
  • Anatoly meminta supaya ujian dilakukan pada waktu malam
  • bandar Kiev yg menggunakan tenaga dari stesen chernobyl telah diberitahu mengenai ujian tersebut
  • waktu malam dipilih kerana bandar Kiev kurang menggunakan tenaga elektrik berbanding waktu siang
11:10 pm 
  • permintaan utk menjalankan ujian pada waktu malam telah diluluskan
  • operasi reaktor diperlahankan ke tahap terendah

26 April 1986:12:00 am
  • jurutera mendapati yg reaktor beroperasi pada tahap terlalu rendah sehingga hampir mematikan reaktor
  • Anatoly mengarahkan supaya control rods dinaikkan semula utk mempercepatkan tindakbalas kimia
  • tenaga meningkat secara mendadak, secara otomatik pam air dihidupkan dan air penyejuk di sekitar reaktor disalir keluar
  • reaktor kehilangan air penyejuk dan menjadi terlalu panas
1:23 am
  • akibat terlalu panas, tenaga yg terhasil meningkat terlalu tinggi
  • disebabkan panik, control rods diturunkan serta merta
  • control rods tersekat, lalu menyebabkan letupan

Kebakaran 
  • kebakaran berlanjutan sehingga berbulan-bulan
  • 3 lagi reaktor masih dibiarkan berfungsi
  • kerajaan dan orang awam diberitahu semuanya dlm keadaan terkawal
  • mereka meminta bantuan pakar dari Moscow utk menyiasat kejadian
Konspirasi
  • orang awam mendapat khabar angin tentang simtom yg berlaku terhadap ahli bomba
  • kanak-kanak diberi pil iodin sebagai antibodi 
  • darurat diisytiharkan, polis meminta penduduk tidak keluar rumah dan menutup tingkap
  • namun, penduduk tidak mengetahui sebab sebenar darurat tersebut
Pemindahan
  • kerajaan menyediakan 3 hari utk proses memindah penduduk
  • sekitar 10km radius dari stesen termasuk dlm zon perlu-pindah
  • 5 hari kemudian, zon perlu-pindah diperluas ke 30km radius

Kesan
  • pasukan bomba adalah yg terawal mengalami kesan radiasi
  • mereka mengalami muntah dan gusi berdarah, gigi dan rambut mulai gugur, kulit menjadi lebam dan berdarah, kebanyakan mereka mati
  • radiasi yg dibebaskan adalah melebihi 100 bom nuklear yg digugurkan di hiroshima dan nagasaki, dan tersebar sehingga ke Sweden
  • dari 1992-2004, 4000 kes kanser tiroid dikesan di Rusia, Ukraine dan Belarus
  • kanak-kanak seluruh eropah mengalami penyakit, susu tercemar dipersalahkan
Pemulihan tapak
  • robot yg dibawa dari Jerman utk proses pembersihan, turut mengalami gangguan radiasi dan tidak berfungsi dgn betul
  • sebagai ganti, seramai 800,000 pekerja dibawa masuk, mereka digelar liquidators













Tapi apa yang pasti ini semua bukan angkara Decepticons ataupun Autobots. Ini semua adalah bencana buruk akibat kelalaian manusia sendiri. 

Makanan Terbaik Untuk Kita

| Posted in | Posted on 7:22 PTG


Salam, blog ni macam dah berhabuk dah, lama tak update. Baru ada kesempatan nak update. Ok lah, kali ni CMM nak berkongsi beberapa makanan terbaik di dunia:

Buah Delima
Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99


Kismis
Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"


Kurma
Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"


Habbatus Sauda'
Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim


Za'faran
Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "


Madu
Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69

Zaitun
Firman Allah: " Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" Surah Al Mukminin ayat 20


Buah Tiin
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Hubungkait Tumbuhan dengan Organ Manusia

| Posted in | Posted on 8:37 PTG

Tahukah anda, ada hubung kaitnya sesetengah tumbuhan iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan dengan organ manusia. Mari kita lihat bersama..


  • Kepingan lobak merah memiliki persamaan dengan manusia. Ia seakan memiliki anak mata, iris dan garisan sinaran seumpama mata manusia. Sains juga membuktikan lobak merah sangat bagus untuk pengaliran darah manusia.

  • Tomato memiliki empat keratan ataupun ruang dan ia berwarna merah. Jantung manusia juga berwarna merah dan juga memiliki empat ruang. Sain juga membuktikan tomato sangat baik untuk jantung dan juga boleh dijadikan makanan bagi darah.
  • Kacang walnut pula menyerupai otak. Ia mempunyai bahagian seperti otak kiri dan otak kanan serta lengkap dengan serebrum atas dan serebrum bawah. Dengan memakan kacang walnut juga dipercayai mampu menghasilkan lebih tiga dozen neuron-transmitter untuk kebaikan fungsi otak.
  • Kacang merah pula menyerupai buah pinggang. Malah memakan kacang merah juga bagus untuk fungsi organ terbabit.
  • Batang daun seleri pula mempunyai perbezaan dengan tulang manusia. Tulang memiliki 23% sodium, sama juga seleri. Jika kandungan sodium tidak mencukupi, tulang boleh menjadi lemah. Seleri juga boleh membantu untuk menguatkan tulang.
  • Buah ara/tin dipenuhi dengan biji benih dan rupanya seakan sperma lelaki. Malah dengan memakan buah ara, ia juga mampu meningkatkan bilangan sperma yang sangat penting untuk proses pembiakan manusia.
  • Ubi keledek pula menyerupai pankreas dan khasiatnya mampu menyeimbangkan indeks Glycemic untuk penghidap diabetes.


Link exchange: