KELAB CMM

Home » , » PTPTN Wajib Bayar Melalui Potongan Gaji mulai Jun 2011? Home » , » PTPTN Wajib Bayar Melalui Potongan Gaji mulai Jun 2011?

PTPTN Wajib Bayar Melalui Potongan Gaji mulai Jun 2011?

| Posted in , | Posted on 6:55 PTG

Wujud salah faham  dipihak PTPTN sendiri apabila pada 19 Sept 2010 Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said  (mula memegang jawatan itu pada 1 september 2010) mengumumkan akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib melalui LHDN bagi mendapatkan semula pinjaman daripada pemimjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun 2011.

Yang sebenarnya, ia masih diperingkat cadangan dan masih belum mendapat kelulusan di peringkat Kabinet lagi. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tarikh Jun 2011 itu adalah tarikh akhir yang diberikan untuk menjalankan pelbagai kajian dan rundingan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksanakan. Selepas itu barulah kertas kerja akan dibentangkan di Kabinet dan meminda akta PTPTN 1997 dan yang berkaitan sebelum melaksanakannya.

Beliau berkata, walaupun pada dasarnya kerajaan telah bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013 yang melibatkan peminjam baru sahaja, manakala kepada peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada..

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga berkata PTPTN telah melaksanakan penurunan caj 1% menurut laporan akhbar Utusan 23 September 2010.

KUBANG PASU 23 Sept. – Penurunan kadar caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada satu peratus telah dikuatkuasakan seperti yang diumumkan oleh kerajaan dua tahun lalu, manakala potongan gaji peminjam untuk bayaran balik dijangka dapat dilaksanakan mulai 2013.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagaimanapun pelaksanaan penurunan caj tersebut tidak dicerminkan dalam penyata akaun peminjam kerana perbadanan tersebut perlu berurusan dengan mereka secara individu dan ia memakan masa.

''Caj itu telah dikuatkuasakan sebagaimana keputusan yang dibuat oleh kerajaan, hanya tidak dicerminkan dalam penyata,'' katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan The University of Nottingham, Kampus Malaysia dan Uniutama Management Holding Sdn. Bhd. dan MESB Development Sdn. Bhd. di UUM Sintok di sini hari ini. - Utusan


Perbincangan:
1.   Apakah pandangan anda mengenai cadangan ini? Bagaimana pulak yang kerja sendiri?
2.   Siapa yang layak dapat penurunan caj perkhidmatan 1%  ni? Semua peminjam ker? Dah tu Penyata PTPTN tu tak betullah. Mcm mana nak tau jumlah sebenar baki Hutang PTPTN ni? Ni mesti ada masalah System ni….. Confius lagi......
3.   Adakah sebagai peminjam anda berpuashati dengan perkhidmatan pihak PTPTN
4.   Bayar online kene caj RM0.50….caj lagi….Rasanya PTPTN perlu buat banyak kiosk atau kanter bayaran yang tak kenakan caj bila peminjam buat bayaran.

Comments (2)

  1. Habis laa...lepas ni byk lagi yg terainaya...actualy, PTPTN punyal approach tu bagus to get back their money pada mereka yang alpa nak membayar..cuma service charge je yang melampau lampau..mcm buat personal loan jek...ery

  2. Tak paham aku pasal caj 1% tu? apasal plak tak tunjuk kat dalam statement?
    Tak transparent ker aper?

Catat Ulasan

Link exchange: