Home »
Info CMM
»
Chernobyl Bandar Kosong Tiada Penghuni
Home »
Info CMM
»
Chernobyl Bandar Kosong Tiada Penghuni
Chernobyl Bandar Kosong Tiada Penghuni
| Posted in Info CMM | Posted on 11:25 PTG
Hai...Korang mesti dah tengok filem Transformer Dark of the Moon kan... ade tak korang perasan lokasi di mana Optimus Prime pertama kali bertembung dengan Shockwave. Ala.. tempat tu maccm kilang lama yang telah ditinggalkan. Ingat tak? Kalau korang nak tau, lokasi sebenar itu adalah di Pripyat, Ukraine. Korang tau tak bandar tu sebenarnya memang dah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni sejak tahun 1986. Nak tau kenapa? jom kita baca selanjutnya.
Bandar ini adalah sebuah bandar yang telah ditinggalkan dan dikosongkan. Semuanya gara-gara insiden kemalangan yang berlaku di Pusat Janaan Kuasa Nuklear Chernobyl pada April 1986. Seluruh alam sekitar telah tercemar dengan kesan radioaktif dan pada manusia pula walaupun sudah beberapa generasi namun kesannya masih lagi tidak hilang sepenuhnya. pihak berkuasa tempatan telah mengarahkan pengosongan bandar Pripyat ini dalam masa satu hari selepas kejadian itu berlaku. Disebabkan pencemaran itu masih ada maka sehingga ke hari ini Bandar itu ditinggalkan tanpa berpenghuni. Seolah-olah seperti bandar berhantu, binaan yang banyak tapi tidak berpenghuni.
Ukrain bercadang untuk menjadikan lokasi bencana nuklear terburuk di dunia sebagai kawasan pelancongan kepada umum tahun depan. Zon yang dikurung sekitar Chernobyl akan dibuka dalam radius 30 batu untuk membolehkan pelancong melihat sendiri kawasan yang telah musnah akibat letupan nuklear dari kilang nuklear di Chernobyl. Selain bandar Chernobyl bakal dijadikan tempat pelancongan utama, kawasan bandar Pripyat juga bakal menerima pelancong walaupun bandar itu kini telah ditinggalkan akibat bencana yang berlaku.
Sepanjang pelancong melawat kawasan sekitar, pelancong diminta untuk bergerak dalam kumpulan demi menjaga keselamatan pelancong. Wujud syarikat yang ingin menjalankan perkhidmatan melancong ke daerah larangan,namun demikian kerajaan Russia tidak membenarkannya kerana itu kawasan haram dan melawat ke kawasan tersebut tidak dapat menjamin keselamatan pelancong. Rancangan pelancongan ke kawasan ini disokong oleh pegawai PBB kerana pelancongan ke Chernobyl boleh membantu pengajaran penting dalam keselamatan nuklear.
penduduk diarahkan untuk mengosongkan rumah dan tidak perlu membawa apa-apa kerana mereka diberitahu tempoh darurat hanya sementara. sebaliknya, sehingga kini, setelah berpuluh tahun, kota tersebut masih menjadi kota mati.
Stesen Janakuasa Chernobyl terletak di Pripyat, Ukraine ialah sebuah stesen janaelektrik yg menggunakan tenaga nuklear, mempunyai 4 reaktor yg berkeupayaan membekalkan 1000 MegaWatt tenaga elektrik setiap satu
pada 26 April 1986 kira-kira pukul 1:23 pagi waktu tempatan, kegagalan reaktor 4 di stesen tersebut menyebabkan terjadinya bencana nuklear terburuk dlm sejarah, membunuh lebih dari 50 penduduk termasuk kanak-kanak dan pekerja, 300 000 lagi terpaksa berpindah dan lebih 600 000 disyaki terkena dedahan radiasi
sehingga ke hari ini, daerah chernobyl telah ditinggalkan sejak bencana tersebut berlaku..
Sejarah janakuasa
- dibina atas sebab keperluan tenaga elektrik yg tinggi
- Ukraine pada ketika itu di bawah pemerintahan Soviet Union (sehingga 1991)
- janaelektrik nuklear dipilih kerana Ukraine mempunyai lambakan uranium berbanding arang dan minyak
- stesen dibina di bandar Pripyat kerana lebih hampir dengan penempatan pekerja dan keluarga merekaPunca letupan
kegagalan ujian utk mengenalpasti kesan apabila reaktor digerakkan pada tenaga yg rendah
- dinamakan RBMK Reactor, (reaktor bolshoy moshchnosty kanalny)
- satu-satunya reaktor yg menggunakan air sebagai penyejuk dan grafit sebagai moderator
- prinsip rekaan diambil dari reaktor yg menghasilkan plutonium
- Rusia menggunakannya sebagai reaktor tenaga dan menghasilkan plutonium
25 April 1986:
- Anatoly Dyatlov (ketua jurutera) membuat persiapan utk melaksanakan ujian, Control Rods diturunkan di dlm reaktor, lalu memperlahankan tindakbalas kimia
- langkah seterusnya, mematikan sistem penyejukan kecemasan, dimana ianya melanggar protokol keselamatan stesen
- Anatoly meminta supaya ujian dilakukan pada waktu malam
- bandar Kiev yg menggunakan tenaga dari stesen chernobyl telah diberitahu mengenai ujian tersebut
- waktu malam dipilih kerana bandar Kiev kurang menggunakan tenaga elektrik berbanding waktu siang
- permintaan utk menjalankan ujian pada waktu malam telah diluluskan
- operasi reaktor diperlahankan ke tahap terendah
- jurutera mendapati yg reaktor beroperasi pada tahap terlalu rendah sehingga hampir mematikan reaktor
- Anatoly mengarahkan supaya control rods dinaikkan semula utk mempercepatkan tindakbalas kimia
- tenaga meningkat secara mendadak, secara otomatik pam air dihidupkan dan air penyejuk di sekitar reaktor disalir keluar
- reaktor kehilangan air penyejuk dan menjadi terlalu panas
- akibat terlalu panas, tenaga yg terhasil meningkat terlalu tinggi
- disebabkan panik, control rods diturunkan serta merta
- control rods tersekat, lalu menyebabkan letupan
Kebakaran
- kebakaran berlanjutan sehingga berbulan-bulan
- 3 lagi reaktor masih dibiarkan berfungsi
- kerajaan dan orang awam diberitahu semuanya dlm keadaan terkawal
- mereka meminta bantuan pakar dari Moscow utk menyiasat kejadian
- orang awam mendapat khabar angin tentang simtom yg berlaku terhadap ahli bomba
- kanak-kanak diberi pil iodin sebagai antibodi
- darurat diisytiharkan, polis meminta penduduk tidak keluar rumah dan menutup tingkap
- namun, penduduk tidak mengetahui sebab sebenar darurat tersebut
- kerajaan menyediakan 3 hari utk proses memindah penduduk
- sekitar 10km radius dari stesen termasuk dlm zon perlu-pindah
- 5 hari kemudian, zon perlu-pindah diperluas ke 30km radius
Kesan
- pasukan bomba adalah yg terawal mengalami kesan radiasi
- mereka mengalami muntah dan gusi berdarah, gigi dan rambut mulai gugur, kulit menjadi lebam dan berdarah, kebanyakan mereka mati
- radiasi yg dibebaskan adalah melebihi 100 bom nuklear yg digugurkan di hiroshima dan nagasaki, dan tersebar sehingga ke Sweden
- dari 1992-2004, 4000 kes kanser tiroid dikesan di Rusia, Ukraine dan Belarus
- kanak-kanak seluruh eropah mengalami penyakit, susu tercemar dipersalahkan
- robot yg dibawa dari Jerman utk proses pembersihan, turut mengalami gangguan radiasi dan tidak berfungsi dgn betul
- sebagai ganti, seramai 800,000 pekerja dibawa masuk, mereka digelar liquidators
Tapi apa yang pasti ini semua bukan angkara Decepticons ataupun Autobots. Ini semua adalah bencana buruk akibat kelalaian manusia sendiri.
think bout this as future for LYNAS.. pergh!
wow...1st time bc kesah ni..thanx for the info :)
pernah baca sebelum ini tp x detail..
kalai ini lagi detail.. thx
THANKS FOR THE INFO