KELAB CMM

Makanan Penyebab Lupa

| Posted in | Posted on 12:05 PTG


Slm semua, dalam bulan ramadhan yang mulia ini, jom kita usha antara makananan penyebab lupa. Actually boleh makan, tapi dalam kadar yang sikit, jgn terlalu berlebihan.

Antara makanan tersebut:


  1. Terlalu banyak makan apel yang sudah masam.
  2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jarak buah.
  3. Banyak makan bawang.
  4. Banyak makan makanan yang mengandung rempah dan ketumbar kering.
  5. Memakan kepala ikan.
  6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut, semut dipercayai mengandung sejenis zat kimia yang bisa melemahkan ingatan.
  7. Makan terlalu kenyang.
  8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
  9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
  10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
  11. Banyak makan makanan yang mengandung bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet, umpamanya minuman bergas dan makanan cepat saji (junk food). Bahan kimia di dalamnya bisa menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Bersama-sama kita jaga pemakanan kita. Tubuh sihat hati bahagia..

sumber : ms elim

Jangan Minum Berdiri

| Posted in , | Posted on 1:04 PTG



Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK.. 

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung

By: Ma'ar Rahman

Ketahui Rahsia Penyakit Melalui Jari

| Posted in | Posted on 7:53 PTG




Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus 
Jari tengah : Jantung 
Jari Manis : Imuniti 
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang 


Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit. 


Seterusnya, kalau anda sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan anda pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking anda. kalau jari anda meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh. 


Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin. cuba periksa tapak tangan masing-masing, kalau yang suka marah-marah tu mungkin angin dalam badan banyak. Sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje. Selain itu, pernah tak sahabat-sahabat mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser. 


Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric. Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya. 


Seterusnya, ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya anda sebagai seorang wanita. cuba sahabat-sahabat tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat.. insya allah... 


Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang.. 


Wallahua'lam.. 


JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG MAHA ESA

Petua Tidur Nabi S.AW

| Posted in | Posted on 12:58 PTG




SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

Antara 5 Gajet Yang "Gagal"

| Posted in | Posted on 7:23 PTG

1. Blackberry Playbook 


Jika Blackberry PlayBook adalah betul-betul sebuah buku atau novel, ia akan menjadi cerita yang menyedihkan pernah dikisahkan kepada manusia. Ia bermula dengan pilihan pelik apabila pembangun PlayBook diketepikan dalam pembangunan aplikasi untuk e-mel, hubungan atau contact dan kalendar dari tablet. Ia seakan memberitahu kita RIM sebagai syarikat pengeluar mungkin ditafsir sebagai "tablet profesional paling buruk dalam prestasi". Lebih menjengkelkan, aplikasi hiburan dan sosial popular rangkaian sosial dan hiburan seperti Facebook dan Angry Birds tiada ketika pelancarannya buat pertama kali. Lebih memburukkan lagi keadaan, RIM telah melambatkan kemaskini OS 2.0 untuk PlayBook, naik taraf perisian yang kritikal untuk survival tablet, sehinggalah Februari tahun ini. RIM juga kelihatan terpaksa mengurangkan harga PlayBook kepada $199 walaupun enam bulan sebelum itu, tablet tersebut dilancarkan dengan tag harga $499. Menurut Los Angeles Times, RIM memaklumkan pada awal Disember 2011 bahawa ia kehilangan $485 juta disebabkan oleh PlayBook yang tidak terjual.

Wordless Saturday

| Posted in | Posted on 11:05 PG


Link exchange: