KELAB CMM

Home » Helah Sistem Ujrah PTPTN Home » Helah Sistem Ujrah PTPTN

Helah Sistem Ujrah PTPTN

| Posted in | Posted on 12:05 PG


Salam,
CMM ingin berkongsi sedikit maklumat kepada semua peminjam PTPTN mengenai sistem Ujrah yang diperkenalkan kepada peminjam baru-baru ini.. Silakan baca dan teliti..



  1. Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.
  2. Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrahsebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.
  3. Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.
  4. Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.
  5. Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

  6. Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.
  7. Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.
  8. Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.
  9. Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.
  10. Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.
  11. Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.
  12. Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.
  13. Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.
  14. Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.
  15. Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.
  16. Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.
  17. Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu "ihsan" untuk mengurangkan beban peminjam.
  18. Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.
  19. Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secara clean atas topeng Syari`ah.



WaLlahu a`lam.

Sumber asal:

Bacaan berkaitan:

Comments (14)

  1. thnx 2 CMM 4 sharing!
    this fact make me sick of PTPTN.. tp mcm kte ni dah 'terpinjam' nak buat mcm mane ye tak.. terpaksa la byr jgak..
    pst : teringat dlu lect ckp tu bkn PTPTN tp PTPTipu! haha..

  2. berkongsi pengalaman saya,rasakan macam ada udang di sebalik batu di sebalik pelaksanaan penurunan dan sistem ujrah ini .

    Muslihat PTPTN|Aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam

    http://www.eyriqazz.com/2011/01/muslihat-ptptnaduan-dibuat-kepada-biro.html

  3. mcm mana nak kembali kalu dh isi yer

  4. thanx 4 sharing this info..

  5. inilah orang kita tak pernah bershukur. masa kita susah orang tolong, nak kena bayar balik lebih sikit pun berkira. harap baca kitab hadith mukhotib yang menyatakan kelebihan orang berhutang yang apabila mebayar balik hutangnya, dibayar lebih dari pokok yang telah dipinjam, rtk, jh

  6. yang terbaik kalau dapat duit saja tak payah bayar balik... lebuh. sedarlah kamu, Allah swt berikan kamu kelebihan otak dan pemikiran lebih dari orang lain untuk meneruskan pengajian di univ dan ipt. bila kamu dah mampu dapat kerja dll, kamu bayar balik uang itu, dan kalau kamu bayar lebih, duit tu untuk siapa melainkan untuk membantu anak2 bangsa yang baru hendah bertapak seperti kamu dulu... kos perkhidmatan untuk ptptn sudah pasti perlu kalau tidak staf2 tu nak makan apa... kenapa la kamu ni pelajaran tinggi tapi aqal memang banyak kurengggg. rtk, jh

  7. Membayar pinjaman/hutang adalah wajib.
    Bunga adalah haram.
    Membayar lebih adalah sedekah..

    Pakai duit sendiri lagi baik..

  8. jamal hassan < wah semangat nampak pro gov ek...matlamat tak menghalalkan cara bhai...mcm ko panjam ah long la..kalo tak bayar bunga tu skali anak bini ah long tu nak makan apa mcm tu ke?...kalau dah riba tu riba jgk bhai..ada saham neraka tu dua2..(termasuk aku skali)

  9. jamal hasan > yg dimaksudkan dgn hadis nabi itu bukannya mmbyr lbh scra paksaan..ttp dgn kerelaan sendiri..kerana scra paksaan ianya dikelaskan sebagai 'RIBA'..

  10. ptut kite gelarkn dorg ni ahlong,mane ade kebajikan ni..cis.riba harammmm...berapa ramai pelajar pinjam ptptn sbb 2 jalan terakhir.ak salah sorg...xpe2..tggu lah

  11. jgn nk bsing2 r bodo..klu dh minjam byr jela..ptptn ni mmg riba..bkn sume org kaye..nk x nk kna pinjam jgk demi mse depan..yg kaya nk pkai duit sdri 2 bleh ckp blagak sbb mak bapak ko yg byr sume..tpi mutu kerja xde lgsg..blgak lebih org kaya ni..org2 miskin trpkse pinjam..2 mknenye org miskin stiase dtindas n org kaye hdup blagak..msuk u nk yuran murah2 mcm uitm..dtg xblaja pun..bgaye lebih..pas2 phon duit bntuan zakat plak dgn uitm..ape ke bodo org kaye mcm ni..org miskin jgk akn dtndas selalu..sume yg komen belagak mmg bodo..

  12. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

    just nk share.. bukan pro PTPTN... saya salah sorang peminjam yang telah membuat pembayaran (takder ler ikut schedule, tengok baki gaji.. hehe, hutang tetap hutang kan... ptptn MUNGKIN kita rasa ptptpu... tp klu kita langgar perjanjian pun berdosa gak kan)... so when ptptn offer ujrah, i've decide tuk wat full settlement (memandangkan baki tinggal ckit jek... malas nk sign perjanjian baru)... n fyi, saya telah mendapat pelarasan 1% (coz saya wat bayaran up to 2009, ptptn offer ujrah jun 2008) sebanyak rm600++... and ada my member yg lain citer.... ape pun pada saya its better kite g sendiri dptkan penerangan lanjut dr ptptn...

  13. salam warga ptptn
    saya dr tahun 2010 dh kene blaklist n dh pn naik mahkamah. sy tk kerje suriumah je.mana tknye mntk keje je mesti dpt sokongan jer. bru2 ni g ptptn nk bayo saman lagi dlm 350.d org sruh sye wat ujrah.tp sye tk mnatla wat ujrah wlaupun dh kene tndkan mhkmah 8%+kos pntdbran 3%. byk dgo ujrah n lgi susah kne bayo.pstu tetibe je dpt info sy bleh clearkan blklisted ngan bayo 1k jer.dlu bkan main suh bayo lgsam.tp ingat semua!!1. klu dpt surat mhkmah g court, pgi jgn engkar.bio kt mntk kt hakim klau ssh mntk kt ptptn.n dorg lg rugi klo kt naik court dr kt lari mcm tu jer.kan per biler tk g court anda akn kene sman engkar, saman 8%+3%,n bunga yg tk pernah dpetik anda tu makin mekarlah jawabnyer.lgi ssh blklisted mgkin ssh nk clear.pepun sya tkkan wat ujrah bio rgi 1k dr beribu k.pepun ank2 tetap tkkan dbagi mndekati ptptipu cozz mum d org dtipu.....

  14. Saya dah terkena....baruk je habis 4 tahun byr kos pentadbiran sistem lama bila tukar ujrah bayar kos pentadbiran baru pulak. Total kena byr kos pentadbiran sbnyk 11 500. Kos pentabiran sistem lama 7480...kos ujrah dr baki semasa 4020. Menyesal sangat2 terima ujrah. Nak buat mcm mana dah sains agreement....bayar ajelah...padan muka saya sbb terima ujrah...

Catat Ulasan

Link exchange: