KELAB CMM

Filem Al-Hijab

| Posted in | Posted on 9:13 PTG

Salam, baru-baru ni pada 03 October 2011, CMM berkesempatan untuk menyaksikan tayangan eksklusif filem Al-Hijab bersama Media Hiburan dan juga barisan pelakon dalam filem Al-Hijab ini di Cathay Cineplex di e@curve, Damansara..



Fathia dan Umi Maimun Ditemuramah sebelum tayangan bermula

Sedikit review mengenai movie ini adalah berkisar seorang Pelakon iaitu Rafael (Pierre Andre) yang mulanya adalah sekadar pelakon tambahan dan untuk komersial saje. Dengan Bakat yang dimilikinya sebuah syarikat telah menawarkan watak utama untuknya dan iainya adalah cerita hantu. Masalah Rafael ni, dia kurang percaya dengan hantu dan tidak takut dengan semua tu. So demi filem yang bakal dibintanginya, Rafael ni buat macam-macam supaya feel takut tu ada dan nampak dalam lakonannya nanti. Tgk DVD hantu la, pegi tempat-tempat yang keras la dan macam-macam lagi tapi tak juga dapat feel yang die nak.

Sehinggalah pada suatu hari, Rafael terdetik untuk membuka Hijabnya. Rafael telah dihubungi oleh seseorang yang mengenali arwah ibunya (lakonan Umi Maimun) melalui sms untuk membantunya membuka hijabnya. Dan dari sini lah bermula episod yang cukup meyeramkan dalam hidup Rafael kerana hijabnya telah dibuka dan dia boleh nampak apa sahaja yang mata kasar seorang manusia biasa tak boleh nampak.

Secara keseluruhan, filem ni memang best dan cukup, cukup, cukup ... haaa... 3 kali cukup menyeramkan dan suspen. Namun dalam seram-seram tu ada jugak diselitkan humor bile Rafael menumpang untuk ke bandar menaiki Pick-up. Ending sedikit tergantung mungkin senang kalau nak buat sequal kot. But Overall this Al-Hijab Film i give 4.5 star. Kategori rugi kalau tak tengok...

Link exchange: