KELAB CMM

Home » » TV Al Hijrah - Segalanya Bermula Di sini Home » » TV Al Hijrah - Segalanya Bermula Di sini

TV Al Hijrah - Segalanya Bermula Di sini

| Posted in | Posted on 7:08 PTG

Negara kita bakal disajikan dengan siaran TV percuma baru yang bercorak KeIslaman iaitu TV Al-Hijrah.
TV-Al Hijrah merupakan stesen televisyen yang berpusat dan bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur. Ia dikendalikan oleh Al-Hijrah Media Corporation, yang ditubuhkan dan dibiayai oleh kerajaan serta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).Ia juga bakal ditonton melalui saluran Astro dan juga melalui platform-platform baru seperti internet dan juga telefon bimbit.

TV Al-Hijrah akan memulakan siaran ujian pada 1 November dengan waktu siaran bermula pada jam 3.00 petang hingga 12.00 tengah malam, bagi hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad siaran bermula pada 12.00 tengahari dan tamat pada 12.00 tengah malam. Siaran ujian akan berjalan selama sebulan pada bulan November 2010 dan akan memulakan siaran penuh pada 1 Disember 2010.

Pelbagai program baru bakal disajikan untuk tontonan orang ramai di mana TV Al-Hijrah ini mensasarkan golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun, golongan muda dan keluarga berumur 18 hingga 39 tahun. Siaran TV Alhijrah bersifat menyeluruh, bagi golongan Islam stesen televisyen Alhijrah akan menjadi sumber ilmu serta maklumat untuk meningkatkan pengetahuan manakala bagi yang bukan penganut Islam stesen televisyen Alhijrah membantu memperjelaskan tentang keindahan agama Islam yang sebenarnya.
Sesi memperkenalkan TV Al-Hijrah kepada media

TV Alhijrah telah membariskan rancangan-rancangan terbaik dari seluruh dunia, filem-filem yang mendapat rating tertinggi dan memenangi pelbagai anugerah, seperti:
  • Last Queen Of The Earth (Iran), 
  • Bila Cinta Bertasbih (Indonesia), 
  • The Memories of Tomorrow (Japan), 
  • Half of Confession (Japan), 
  • Leaps & Bounds (Turki) 
  • Winky Horse (Belanda). 
  • Siri Alauddin yang akan mengangkat drama tempatan pertama kali menggabungkan unsur sejarah Kesultanan Melayu serta penyebaran Islam yang dipersembahkan dalam bentuk CGI, Efek Khas, serat Kostum. 
  • Drama antarabangsa seperti King Farouq dan Saifullah Khaled Ibn Waleed dua siri drama terbaik Arab juga bakal menghiasi siaran TV Alhijrah. 
  • TV Alhijrah turut menyiarkan berita konprehensif, dokumentari dalam dan luar Negara. 
  • TV Al hijrah juga akan menayangkan animasi kanak-kanak terbaik dari Les Copaque “Pada Zaman Dahulu” buah tangan kedua selepas siri popular Upin dan Ipin
Mulai 1 Dis ini, TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.
Frekuensi siaran TV Al-Hijrah

Di harap TV Al-Hijrah ini dapat mengubah atau menjadi santapan untuk para remaja untuk membina karekter menerusi pengisian program-program yang membina jiwa kalangan remaja yang secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial di kalangan remaja.




Comments (7)

  1. di Pahang tak ada siarannya ke...rugilah pulak!

  2. Pahang kan area pantai timur.. ade larr...
    tune tv tu esok.. Yang takde zon Utara..

  3. Kat Johor Bahru x dapat pun. Tipu jer. Puas dah cari. Ntah paper

  4. ch40 tu bukan di Johor Bahru. Tapi di sekitar daerah Mersing, Johor melalui menara transmisi di Bukit Tinggi, Mersing. Hairan bin Ajaib sebab TVAlHijrah memulakan siaran di Johor ni di kawasan Taman Negara endau-Rompin, Hutan Simpan Gunung Blumut, Hutan Simpan Kahang, Hutan Simpan Gunung Panti dan Hutan Simpan Tenggaroh. Yg terang2 kawasan liputan TVAH di Johor hanya meliputi 5% daripada keseluruhan penduduk Negeri Johor..

  5. tv hijrah ni tak nak datang kt area utara ke

  6. Bukan tak nak datang, tapi masih tak tercapai lagi kot...

  7. tah ape2 ler..... org bagi ler satu malaysia dapat tgk, baru buat pelancaran....ini suku jer yg dapat tgk.....ceh...

Catat Ulasan

Link exchange: