Home »
Info CMM
»
Antara 5 Gajet Yang "Gagal"
Home »
Info CMM
»
Antara 5 Gajet Yang "Gagal"
Antara 5 Gajet Yang "Gagal"
| Posted in Info CMM | Posted on 7:23 PTG
1. Blackberry Playbook
Jika Blackberry PlayBook adalah betul-betul sebuah buku atau novel, ia akan menjadi cerita yang menyedihkan pernah dikisahkan kepada manusia. Ia bermula dengan pilihan pelik apabila pembangun PlayBook diketepikan dalam pembangunan aplikasi untuk e-mel, hubungan atau contact dan kalendar dari tablet. Ia seakan memberitahu kita RIM sebagai syarikat pengeluar mungkin ditafsir sebagai "tablet profesional paling buruk dalam prestasi". Lebih menjengkelkan, aplikasi hiburan dan sosial popular rangkaian sosial dan hiburan seperti Facebook dan Angry Birds tiada ketika pelancarannya buat pertama kali. Lebih memburukkan lagi keadaan, RIM telah melambatkan kemaskini OS 2.0 untuk PlayBook, naik taraf perisian yang kritikal untuk survival tablet, sehinggalah Februari tahun ini. RIM juga kelihatan terpaksa mengurangkan harga PlayBook kepada $199 walaupun enam bulan sebelum itu, tablet tersebut dilancarkan dengan tag harga $499. Menurut Los Angeles Times, RIM memaklumkan pada awal Disember 2011 bahawa ia kehilangan $485 juta disebabkan oleh PlayBook yang tidak terjual.
2. Jawbone Up
Datang dari sebuah syarikat yang paling dikenali untuk pembuatan fon telinga (headset) bluetooth, Jambox yang popular, pelancaran bulan November lalu bagi gelang tangan pengesan kecergasan (fitness) Jawbone Up menunggu dengan jangkaan yang tinggi (kejayaan yang memberangsangkan). Sehingga ia dipasarkan sebagai alat yang dipakai di pergelangan tangan yang mengesan tabiat tidur, makan dan senaman pengguna mendapat maklum balas negatif dari kalangan penguji seperti Engadget yang menyifatkannya sebagai memalukan. Malah, ramai pengguna melaporkan peranti itu tidak berfungsi sehingga pada Disember, Jawbone memutuskan untuk memulangkan semula duit sesiapa yang tidak berpuas hati dengan produk itu. Pada masa itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Jawbone memaklumkan syarikat tersebut menghentikan pengeluarannya yang bersifat sementara bagi mengesan beberapa kapasitor papan litar yang dikatakan menjadi punca masalah.
3. Motorola Xoom
Apabila ia dilancarkan pada Februari, tablet Motorola Xoom dikatakan cukup mantap sebagai pembunuh iPad, dan ramai orang mahu ia betul-betul direalisasikan (sebelum kedatangan Samsung Galaxy Tab). Peliknya, Motorola Xoom mempunyai ciri-ciri yang menarik ketika itu, Google Android 3.0 (Honeycomb) dan sambungan 4G LTE, Motorola berjaya untuk memasarkan kira-kira 100,000 Xoom pada suku ketiga 2011. Berapa banyak iPad yang dipasarkan dalam tempoh masa yang sama? 11 juta. Ulasan awal kebanyakannya tampak positif, tetapi terdapat beberapa sebab mengapa Xoom gagal untuk berkembang maju. Salah satunya ialah Honeycomb itu sendiri yang telah dilabelkan sebagai tidak stabil dan tidak lengkap. Harga juga menjadi penghalang: $800 tanpa kontrak.
4. Nintendo 3Ds
Sebaik saja Nintendo 3D Tanpa Cermin Mata berharga $250 iaitu konsol permainan mudah alih yang dilancarkan di seluruh dunia pada bulan Mac dan seterusnya mencatatkan jualan yang sangat suram. Syarikat akhirnya memahami ia berpunca dari harga yang tidak masuk akal serta pilihan terhad permainan 3D yang ditawarkan. Dalam usaha meningkatkan jualan, Nintendo mengumumkan pada Julai 2011 bahawa ia akan mengurangkan harga 3Ds kepada $170. Ia berjaya, tetapi Nintendo terpaksa membayar dengan pengorbanan yang besar untuk diskaun tersebut. Seakan sudah terlambat. Pada bulan Oktober 2011, pembuat permainan Jepun berkata ia mencatatkan kerugian tahunan yang pertama dalam tempoh tiga dekad.
5. Flip Cisco
Pada bulan April 2011, Cisco kelihatan membunuh kamera Flip yang meningkat naik, iaitu barisan perakam video mini yang disifatkan akhbar The New York Times sebagai "salah satu cerita kejayaan besar teknologi sejak dekad yang lalu". Langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan untuk menyusun semula syarikat dan termasuk membuang 550 orang kakitangan. Cisco telah membeli Pure Digital Technology Inc, iaitu pembuat asal kamera Flip, pada tahun 2009 dengan harga $590 juta. Walaupun sesetengah mencadangkan bahawa langkah itu adalah disebabkan persaingan yang mampu mengalahkan kamera telefon pintar yang terhad ketika membuat panggilan video (kekuatan Cisco). Flip sebenarnya meningkat daripada $4.5 juta pada 2009 kepada $5.7 juta pada tahun 2010 dari segi jualan, mengikut laporan dari Persatuan Elektronik Pengguna tapi peliknya Cisco tidak meneruskan Flip mereka. Walaupun Cisco tidak akan mendedahkan sebab penamatan, The New York Times melaporkan bahawa kamera Flip popular tidak pernah relevan bagi syarikat yang dikenali terutamanya untuk perkhidmatan rangkaian entepris.
Superb post I must say. Very simple but yet entertaining and engaging.. Keep up the wonderful work!
925 Silver Articles