KELAB CMM

Home » » Tip Membeli Kereta Terpakai Home » » Tip Membeli Kereta Terpakai

Tip Membeli Kereta Terpakai

| Posted in | Posted on 8:00 PG

Hai semua, ingin membeli kereta baru tapi anda tidak mampu? Mesti pernah terlintas difikiran anda hendak membeli kereta terpakai. sekiranya anda bercadang untuk membeli kereta terpakai, wajar anda bertanyakan beberapa soalan kepada pemilik sebenar, ejen atau pengusaha kereta terpakai tersebut. Ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya anda tidak menyesal selepas membeli kereta tersebut.

1. Mengapa kereta ini hendak dijual?
Jangan terpedaya dengan kereta yang kelihatan cantik dan menarik kerana mungkin ada sejarah hitam yang menyebabkan pemiliknya mahu menjual kereta itu. Jadi untuk kepastian, tanya dan buat pemeriksaan sendiri. Jika anda tidak tahu hal mengenai kereta, kalau boleh bawa rakan anda sekali semasa anda ingin membeli kereta terpakai tersebut.

2. Lihat bacaan kilometer pada odometer kereta
Biasanya sesebuah kereta mencatatkan purata 20,000 kilometer setahun. Jika kereta tersebut berusia 3 tahun dan bacaab kilometernya sudah mencecah 100,000 elakkan membelinya.

3. Periksa catatan penjagaan rekod servis penuh kereta tersebut
Rekod servis terhadap kereta tersebut boleh memberi keyakinan kepada pembeli bahawa kereta tersebut telah diselenggara dan juga dijaga dengan baik.

4. Bertanya keadaan dalam dan luar kereta tersebut
Jika  jawapan yang diberi bahawa kereta tersebut sangat bagus, tetapi apabila hakikatnya kerata berkenaan tidak menggambarkan kepada jawapan yang diberi, lupakan sahaja keinginan anda untuk membelinya. Periksa setiap inci dalam dan luar kereta. Apabila anda betul-betul pasti, barulah buat keputusan.

5. Pernakah kereta itu terlibat dalam kemalangan?
Kalau boleh semasa hendak membeli kereta terpakai, bawa mekanik untuk memeriksa kenderaan tersebut. Kalau anda mempunyai rakan yang bekerja sebagai mekanik lagi baik. Ini kerana mereka lebih memahami dan mengetahui samada kereta tersebut pernah terlibat denga kemalangan atau tidak.

6.Harga yang ditawarkan
Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan harga yang ditawarkan dengan kereta terpakai ini. Jika harga yang ditawarkan murah bagaikan tidak masuk akal, mungkin ada yang tidak kena dengan kereta tersebut. Bandingkan harga pasaran kereta tersebut selepas beberapa tahun digunakan.

Comments (1)

  1. Tiada duit untuk downpayment? (FOMCA tak bagi buat full loan)
    Tiada duit untuk renew insurance? (bila dah setahun pakai kereta)
    Tiada duit untuk service maintenance? (bila rasa tak sedap bawak kereta)
    Tiada duit untuk modified kereta? (biasanya lelaki)

    klik disini untuk mendapatkan pendapatan sampingan anda.
    Hanya RM20, anda boleh dapat pulangan sehingga RM2K sebulan
    Diulangi HANYA RM20

    *terbuka kepada semua termasuklah yg tak nak pakai kereta.

Catat Ulasan

Link exchange: