Home »
Isu Semasa
»
Extra Carefull Semasa Membeli Kuih Raya
Home »
Isu Semasa
»
Extra Carefull Semasa Membeli Kuih Raya
Extra Carefull Semasa Membeli Kuih Raya
| Posted in Isu Semasa | Posted on 11:24 PG
Salam Ramadhan kepada semua, hari ni dah masuk hari ke-17 kita berpuasa. Lagi dua minggu dah nak Raya. So persiapan raya mcm mana tahun ni? Baju Raya berapa pasang? Kuih raya buat sendiri ker or main tunjuk jer kat kedai? Ok bercerita pasal kuih raya ni, tak kira la biskut ker, kek ker dan yg sewaktu dengannya. Perlu diingatkan kepada semua umat Islam yang membeli kuih raya tu supaya extra carefull mengenai ingredients kuih-kuih tu. Diingatkan jangan beli kuih raya yang diperbuat or mengandungi bahan Pure Creamery Butter-Golden, sebab bahan ni dah disahkan tidak halal oleh Jakim.
Pure Creamery Butter-Golden Churn tidak halal - Jakim
KUALA LUMPUR, — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama ‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu, umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Beliau berkata, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.-Bernama
Comments (0)
Catat Ulasan