KELAB CMM

Home » » Kemalangan Ngeri 10.10.10 Home » » Kemalangan Ngeri 10.10.10

Kemalangan Ngeri 10.10.10

| Posted in | Posted on 7:40 PTG

MELAKA – Tarikh 10.10.10 yang dinanti-nanti kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah semalam.

Dalam tragedi ngeri pada pukul 6.40 petang, kesemua mangsa yang terkorban terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita.

Setakat tengah malam tadi identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah sebuah bas ekspres Delima, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal.

Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca daripada bas ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.

“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.

“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki. - Kosmo

Saksikan gambar-gambar sekitar tempat kejadian kemalangan ngeri pada 10.10.10. (18 SG)......


 


P/S:
  • melihatkan kepada tempat kejadian, kemalangan ini cukup mengerikan. Dan sampai bila fenomena kemalangan melibatkan bas express akan berkahir. Adakah kerana penguatkuasaan undang-undang terhadap pengusaha bas ekspress ini masih longgar? Fikir - fikirkanlah.......
  • 12 orang mangsa yang terlibat terbunuh manakala 40 orang cedera di tempat kejadian dan tiga lagi terbunuh mungkin ketika dikejarkan ke hospital atau semasa mendapat rawatan di Hospital akibat cedera teruk. 
  • Penulis mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat. Kepada yang tercedera kita doakan supaya cepat sembuh.
  • Ranking Malaysia dah memang no.1 dalam kadar kematian di jalan raya. Oleh itu kepada pemandu-pemandu di luar sana, beringat dan berhati - hati ketika memandu. 
  • Semoga Allah melindungi kita semua, semoga Allah mengakhiri hidup kita dengan kesudahan yang baik.. Amin..... maaf jika ada pihak yang tersinggung terhadap gambar-gambar yang dipaparkan. Sekadar peringatan untuk kita semua.







Comments (5)

  1. ish...ngerinya. Isu kemalangan bus express ni kadang2 membuat orang lagi takut untuk gunakan perkhidmatan diorang. Dah hilang kepercayaan dah. Apa factor kemalangan ni berlaku? pemandu kurang tido atau tengah high amik syabu?

  2. Punca kejadian masih dalam siasatan. Ade mangsa ckp bas di bawa dgn laju.. so pihak berwajib sekarang tgh periksa stering dgn tayar. Kalau ikut rekod, pemandu bas tu bersih jer..... Dah takdir.. kita yang masih hidup ni ambik ikhtibar je lah....

  3. jadi takut tiba2 nak naik bas ekspress..

  4. mmg dasyat la...sedih tgk...pemandu bas ni mengantuk ke...??? aku dh takut nk naik bas...

  5. Tu la... sedih tgk kejadian mcm ni... Actually bukan naik bas jer.. kalau dah ajal kita sebagai manusia tak dapat nak elak. Kematian pasti akan datang..

Catat Ulasan

Link exchange: