KELAB CMM

Home » » Petrol RON97 Dan Minyak Tanah Naik 10 Sen Seliter Home » » Petrol RON97 Dan Minyak Tanah Naik 10 Sen Seliter

Petrol RON97 Dan Minyak Tanah Naik 10 Sen Seliter

| Posted in | Posted on 11:18 PTG

04 Januari, 2011 23:01 PM 

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam Selasa, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini.

-- BERNAMA

p/s: tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku terhadap petrol RON95 pulak... huhuhu..

Comments (3)

  1. Apala kaitan minyak dikeluarkan oleh OPEC ngan minyak yang petronas keluarkan...alahai...sedihnya....

  2. harga petrol di pasaran dunia ade naik turun.. Kalau betul harga petrol diapungkan mengikut pasaran dunia, kenapa bila harga dunia jatuh, petrol kat malaysia tak turun? sape nak jawab?

  3. aik,minyak tanah lagi mahal dari minyak kete?baru tau.hu3

Catat Ulasan

Link exchange: