KELAB CMM

Home » » Menara Jam Makkah :Tertinggi Di Dunia Home » » Menara Jam Makkah :Tertinggi Di Dunia

Menara Jam Makkah :Tertinggi Di Dunia

| Posted in | Posted on 9:36 PTG

Musim haji telah pun bermula dimana rombongan pertama Haji daripada Malaysia telah pun tiba di Madinah pada 10/10/2010 lalu. Bagi musim haji kali ini, tetamu - tetamu Allah ini berkesempatan melihat sendiri projek pembesaran dan pembinaan bangunan yang bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia yang masih lagi dalam pembinaan dan pembagunannya dijalankan oleh Saudi Binladin Group sejak tahun 2004.

Menara Abraj Al Bait yang dijangka siap pada 2011 nanti akan menjadi bangunan ke-2 tertinggi di dunia selepas Burj Khalifah. Bagunan ini setinggi 601meter iaitu 83 meter lebih tinggi dari Taipei Tower di Taiwan tetapi lebih rendah berbanding Burj Khalifa (setinggi 828 Meter). Menara Abraj Al Bait ini merupakan menara jam tertinggi di dunia. Kompleks bangunan ini diilhamkan oleh arkitek daripada Dar Al Handasah.

Projek ini merupakan projek pembangunan terbesar di dunia yang meliputi keluasan seluas 1.4juta meter persegi. Ia akan menempatkan ruang ibadah yang mampu menampung sehingga 10,000 orang. Menara tertinggi ini juga merupakan hotel bertaraf tujuh bintang untuk memberikan penginapan kepada jemaah haji. kompleks hotel ini menempatkan 3,000 bilik hotel yang mana kebanyakan daripada bilik-bilik ini menghadap Masjidil Haram dan Ka’abah. Selain itu, ia juga menempatkan shopping mall setinggi empat tingkat dengan parking lot yang mampu menampung sehingga 1000 kenderaan pada satu-satu masa. Manakala menara lainnya akan menempatkan 6000 unit rumah dan  terdapat kemudahan pusat conference untuk kemudahan pengunjung. Secara purata, ia boleh menjadi rumah kepada 100,000 orang.
Lakaran keseluruhan projek

Menara Jam yang juga adalah sebuah hotel (The Fairmont Makkah) adalah sebahagian daripada projek Abaj-Al Bait yang terletak hanya 50meter di hadapan Masjidil Haram. Jam di manara ini boleh dilihat pada jarak 17km pada sebelah malam dan 12km pada sebelah pagi. Menara jam ini adalah enam kali lebih besar daripada Menara Big Ben. Setinggi 601 meter dan mempunyai 95 tingkat bakal menjadi nadi kepada projek Abraj Al-Bait dan bakal mengatasi ketinggian bangunan hotel tertinggi di dunia pada masa ini yang terletak di Dubai iaitu Emirates Park Tower.
Ketinggian 591m telah ditambah menjadi 601m

Di menara hotel inilah terletaknya jam empat muka yang tebesar di dunia mengalahkan Allen-Bradley Clock Tower yang terletak di Milwaukee, Wiscocsin AS. Setiap permukaan jam adalah berdiameter 151 kaki dan dilengkapi dengan 2juta lampu LED. Ia juga mempunyai jarum jam terbesar di dunia, lebih besar daripada jam di Cevahir Mall di Istanbul.

Ujian selama 3 bulan terhadap jam ini telah dibuat sejak 11 August 2010 ( 1 Ramadhan 1431 Hijrah). Buat masa ini hanya satu permukaan jam sahaja yang siap diliputi dengan 90juta keping mosaic kaca. Setaip permukaan jam tertulis dengan perkataan dalam bahasa arab "Allah" dan dilengkapi dengan beribu lampu LED.

Jam ini telah direka oleh engineer dari German dan Swiss yang menelan belanja sebanyak $800juta dan berdasarkan standard waktu Arab iaitu (+3 GMT).


INSIDEN
Sepanjang pembinaan, Kompleks Abraj Al Bait ini telah menyaksikan dua insiden kebakaran. Kejadian pertama berlaku di tingkat 32 Menara Hajar pada 28 Oktober 2008. Seramai 400 orang bomba bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran tersebut. Dalam insiden yang mengambil masa selama 10jam ini menyebabkan sembilan tingkat di menara ini telah hangus terbakar.

Kejadian kedua pula belaku di Menara Safa pada 1 May 20009. Mengikut saksi, kejadian berlaku spada waktu selepas Asar, semasa kerja-kerja pembinaan masih dibuat. Kebakaran dikatakan bermula ditingkat 14 sehingga tingkat ke-20 menara tersebut.

Perkembangan projek sehingga Ogos 2010







Comments (5)

  1. orang arab ni memang gila-gila projectnya
    seram sejuk plak rasa..grrrr

  2. Ni termasuk dalam extreme project gak ni

  3. Bangunan mencakar langit tertinggi di dunia terletak di Mekah...apakah maknanya?? dunia hampir kiamat???

  4. wahh arab saudi memangg luar biasa...!!

  5. hm..
    masa itu emas

Catat Ulasan

Link exchange: