Home »
Senyum CMM
»
Tidur Dalam Kotak
Home »
Senyum CMM
»
Tidur Dalam Kotak
Tidur Dalam Kotak
| Posted in Senyum CMM | Posted on 8:30 PG
Salam semua. Ni nak tanya, siapa pernah tidur dalam kotak, angkat tangan.. Hmmmm tak ada siapa pernah tidur dlm kotak? Rugi la sebab tidur dalam kotak sekarang ni dah menjadi trend tau. Especially kepada travellers atau businessman yang sangat sibuk, sampai tak sempat nak cari tempat tidur. Jadi tidur dalam kotak pun jadi lah. Tapi kotak bukan sebarang kotak.
Kotak tidur ini hanya berukuran 2m X 1,40m X 2,30m untuk tidur dengan selesa dan selamat. Kotak tidur ini menjadi pilihan kerana harganya yang murah, tidak membuang waktu untuk mencari hotel di tempat umum dan juga memudahkan pengembara untk berehat seketika kerana kotak tidur ini dipasang di kawasan seperti stesen keretapi, lapangan terbang, atau di pusat bandar yang mana penginapan hotel selalunya "Full House"dan sangat mahal.
Di negara-negara iklim tropika kotak tidur ini boleh dipasang di luar rumah di jalan utama.Ruangan kotak tidur ini merangkumi tempat tidur, linnen, sistem pengudaraan (aircond), penggera. LCD TV, WiFi, ruang untuk laptop anda dan telefon. Di bawah tempat tidur anda dan lantai ada peti untuk Bagasi anda.Pembayaran dilakukan di terminal yang akan memberikan pelanggan kunci elektronik yang boleh dibeli selama 15 minit atau selama beberapa berjam-jam yang anda perlukan.
Rasanya, kalau nak pergi melancong kat oversea, tapi budget tak banyak sangat, tidur dlm kotak macam ni pun ok kot. Kalau buat jadi bilik sewa bayar bulanan rasa-rasa ada tak yang nak duduk?
wah! best jgak klau dapat tdo dalam kotak cam ni.. hehe..
X)
di manakah kotak ini terletak...nk jugak....
Kat jepun ade... kat Dubai pun ade... Banyak negara dah ade benda ni actually..
wah... hebat la kotak ni
kan bagus kalo ada kat Malaysia
ke da ada?