Home »
Info CMM
»
Rahsia Khasiat Madu
Home »
Info CMM
»
Rahsia Khasiat Madu
Rahsia Khasiat Madu
| Posted in Info CMM | Posted on 9:41 PTG
Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”
KOLESTEROL
Kadar Kolesterol darah dapat diturunkan dengan mengamalkan memakan 2 sudu madu beserta 3 sudu teh serbuk kayu manis yang dicampur bersama 16 ons air teh. Ramuan ini dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam darah sehingga 10% dalam masa 2 jam.
JERAWAT
Campuran 3 sudu madu berserta 1 sudu serbuk teh pada wajah sebelum tidur mampu mengurangkan pertumbuhan jerawat. Basuh pada keesokan harinya dengan air suam. Amalkan selama dua minggu berturut-turut.
BAU NAFAS

Satu sudu teh madu dan serbuk kayu manis yang dicampur dengan air panas menjadikan nafas anda segar sepanjang hari. Penduduk Amerika biasanya mengamalkan rutin ini setiap pagi.
MANDUL
Pakar perubatan Yunani dan ayurveda mendapati, dengan mengamalkan pemakanan madu setiap hari sebelum tidur mampu memperkuat dan menyuburkan lagi sistem batin lelaki.
SAKIT GIGI
Sapukan campuran madu dan serbuk teh pada gigi yang sakit. Amalkan cara ini 3 kali sehari pasti akan mengurangkan sakit gigi yang anda alami.
KEMBUNG

Kajian yang dilakukan di India dan Jepun mendapati bahawa madu yang diminum bersama kulit kayu manis dapat mengurangkan gas dalam perut.
MENCEGAH PENUAAN
Teh yang dicampur madu bersama serbuk kayu manis dapat mencegah penuaan. Ambil 4 sudu madu, 1 sudu serbuk kayu manis dan 3 cawan air. Amalkan dengan minum sebanyak 4 kali sehari. Ramuan ini membuatkan kulit anda menjadi semakin segar dan halus serta mencegah penuaan.
KEGUGURAN RAMBUT
Jika anda mengalami masalah rambut gugur, sapukan campuran minyak zaitun bersama 1 sudu madu keatas kepala selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk dan masalah keguguran rambut yang kronik pasti dapat diatasi.
OBESITI
Minum segelas air yang direbus bersama madu dan serbuk kayu manis pada setiap pagi 1/2 jam sebelum sarapan atau saat perut masih kosong. Lakukan setiap hari secara berskala pasti akan dapat mencegah lemak daripada terakumulasidalam tubuh.
INFEKSI KULIT
Madu juga mampu menyembuhkan luka-luka kecil, hanya dengan menyapu ke atas permukaan yang luka , biarkan seketika sehingga luka benar-benar kering.

wow thanks :D
oh campur dgn teh dapat kurangkan jerawat ehh...slama ni tepek madu kat muka je..hehehe..berkesan kurangkan minyak di muka
mslh obesiti tu.. kenapa kene rebus..nanti matila protein die..
campur dgn teh boleh trus kurangkan jerawat kot...
byk rupanyer khasiat madu nih kan??
terima kasih untuk semua maklumat nih .. :)