Home »
Hiburan CMM
»
Muzikal Dreamgirls Bertandang Ke KL Julai 2011
Home »
Hiburan CMM
»
Muzikal Dreamgirls Bertandang Ke KL Julai 2011
Muzikal Dreamgirls Bertandang Ke KL Julai 2011
| Posted in Hiburan CMM | Posted on 8:07 PTG
Teater muzikal yang pernah dicalonkan dalam kategori Muzikal Terbaik di Anugerah Tony iaitu Dreamgirls bakal dipentaskan di Kuala Lumpur pada bulan Julai tahun ini. Teater itu turut diadaptasi ke layar perak dengan menampilkan bintang-bintang Gred A Hollywood antaranya Jamie Foxx, Beyonce Knowles, Jennifer Hudson, Eddie Murphy dan ramai lagi.
Bakal diterbitkan Broadway Academy Sdn. Bhd, pementasan itu bakal menggunakan pelakon tempatan, sama seperti yang pernah dipentaskan dalam Shout! The Mod Musical awal tahun lepas oleh penerbit yang sama.
Pihak Broadway Academy yang berpejabat di Kuala Lumpur hanya mendapat hak untuk mementaskan skrip tersebut. Menariknya pementasan itu apabila penyanyi Ning Baizura bakal memegang peranan sebagai Deena Jones, watak yang pernah digalas penyanyi Beyonce.
“Saya tidak kisah membawakan apa sahaja watak dalam teater muzikal itu kerana jalan ceritanya memang berkisar mengenai anak seni. Apa saja watak akan saya terima kerana cukup teruja dengan teater itu.” terang Ning Baizura.
Tambah Ning lagi, anak didiknya Nikki akan turut berkerjasama dengannya sekali lagi dalam teater itu dan memegang peranan sebagai Effie White, watak yang pernah digalas Jennifer Hudson. Hudson muncul sebagai pemenang Oskar kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi versi filem, teater tersebut.
“Bayangkan Nikki membawakan lagu-lagu hebat dalam teater muzikal itu, pastinya meremang bulu roma mendengarnya.” sokongan Ning terhadap anak didiknya itu.
Antara lagu yang bakal dipersembahkan dalam teater itu adalah “Dreamgirls”, “Hard To Say Goodbye, My Love”, “One Night Only”, “I Am Changing” dan “And I Am Telling You I’m Not Going”.
Dreamgirls mengisahkan penyanyi trio dari Chicago yang berjaya setelah memenangi satu pertandingan amatur dan mereka terpilih untuk menjadi penyanyi latar kepada James “Thunder” Early. Malangnya, impian mereka musnah sekelip mata apabila ejen bakat, Curtis Taylor Jr memilih Deena dan bukannya Effie sebagai bintang yang dikenali sebagai “The Dreams”.
Selain Ning, turut membintangi teater itu ialah Tria Aziz, Shanel Shanty James, Tisha Zarina, Stephanie Van Driesen, Joanna Bassey dan Tabitha Kong.
Comments (0)
Catat Ulasan