KELAB CMM

Telur Bawah?

| Posted in | Posted on 9:16 PTG


Salam semua, kali ni tak ada idea sangat nak post cuma nak kasi tunjuk menu kelakar kat satu restoran ni.. Lawak pun ade... Ntah ape lah yang dimaksudkan dengan telur bawah tu.. Sungguh mendalam maksudnya... hehehe...Sape nak tau mcm mana rupa Tosai Telur Bawah tu cuba lah order... hehehe.... 
Selamat Menjamu Selera. 
Kalau sedap promote kaw2 ok!!

Jenis-Jenis Makanan Antikolesterol

| Posted in | Posted on 8:49 PTG

Berikut merupakan beberapa jenis makanan antikolesterol sebagai panduan anda demi pemakanan sihat:-


1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.



Jom Kita Bunuh Dia!!!!

| Posted in | Posted on 10:10 PTG

Kes Denggi semakin menjadi-jadi di negara kita. Dah berapa ramai nyawa melayang dek kerana penyakit bawaan nyamuk ini. Nyamuk ini cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar pelbagai penyakit yang boleh membawa maut. Oleh itu kali ini CMM nak tunjukkan cara mudah untuk membunuh nyamuk ini, tanpa mengunakan ridsect yang mengandungi CFC. Cara ini bolehlah dianggap mesra alam.. hehehe...Cara ini sangat sesuai dipraktikkan di rumah, disekolah, Hospital ataupun di asrama.. by the way saya bukan nak ajak korang bunuh siapa tau.. cuma bunuh nyamuk jer...
Barang-barang yang diperlukan adalah: 
  1. 200 ml air 
  2. 50 gram gula merah 
  3. 1 gram ragi
  4. Botol plastik mineral 1,5 liter 
Cara-caranya:
Mula-mula, potong botol plastik di tengah. Simpan bagian atas/mulut botol.


Kemudian masukkan gula merah kedalam air panas, 
dan kacau sehingga larut. 
Biarkan sejuk  dan kemudian tuangkan
 ke dalam potongan bawah botol itu tadi

Dia nak Letupkan Sekolah

| Posted in | Posted on 9:36 PTG

Salam semua.. Kali ni CMM nak post satu video di mana seorang budak berumur lapan tahun menghubungi sebuah Demolition Company untuk meruntuhkan sekolah tempat dia bersekolah.. Cuba korang layan sendiri video audio ni.



Amacam? Dengar tak cara budak 8 tahun ni bercakap memang cayalah.. Kecik2 lagi communication skill dia memang tip top. Selain tu tegas pulak tu. Tapi yang tak boleh tahan, die nak, time Demolition Company runtuhkan sekolah dia, dia nak semua cikgu dia ada dalam kelas.. Siap nak bagi list lagi cikgu mana.. Dashyat!! benci betul die dengan cikgu die..

Tapi tu la.. moral of the story, cikgu jangan la bagi kerja sekolah banyak sangat kat budak2. Kalau boleh kat sekolah tu jangan bagi tekanan sangat. Biar diorang belajar dalam suasana yang kondusif. Cara pengajaran tu pun penting jugak tu. Jangan pulak cara pengajaran budak sekolah rendah sama macam budak universiti.. La. budak.. yang dia tau asyik nak bermain jer....Tapi aku tak tau la pendapat korang... hehehe..

Menikmati Pizza Extreme Cheese 6 Bersama.

| Posted in | Posted on 1:27 PTG

Nidron:            Hmmmm... Dah gaji ni so nak makan apa lunch nanti? apa kata kita  pegi makan pizza baru tu Nak tak?

Yasz:                Jom, aku ngidam ni nak makan pizza, Kita makan pizza baru tu Extreme Cheesy 6 Pizza nak tak? Semua cheese ada, ada Cheddar cheese, ada Mozzarella cheese, Parmesan cheese, Provolone cheese, Monterey Jack dan Romano Cheese. Hhmmmmm I Love cheese...

Bella:                Naik ikut...!! nak juga makan Extreme Cheesy 6 Pizza tu. Tgk dalam iklan tu teringin plak... Wawa, Nazir korang nak join tak?

Wawa:             Aku on jer.. aku pun mengidam bila dengar Yasz sebut banyak-banyak cheese tu..hmmm nyum-nyum..

Nazir:               Korang citer pasal Pizza Extreme Cheese 6 tu terliur plak aku. Aku nak join gak..gulp….

(Maka kelima-lima orang yang lapar ni pergilah menyerbu Restoran Pizza Hut Seksyen 7 Shah Alam untuk menikmati Pizza Extreme Cheese 6.)

Setibanya Di Restoran Pizza Hut;

Wawa:            Wei jangan la berebut menu tu. Buat malu jer lah.. Tunggu menu sampai..  
Nidron:           Nak order, Pizza Extreme Cheese 6 set 2, for four, lepas tu nak add topping Hawaiian Cheesy. Satu lagi nak order Sensasi Delight set for 1 Pizza Garlic Chicken Butter. Itu Saja.. Thank you.

Buat Lampu Hiasan Sendiri

| Posted in | Posted on 1:01 PTG


Kali ni di CMM nak bagi tutorial tunjuk ajar ataupun idea nak buat lampu hiasan sendiri kat umah. Macam lampu dalam gambar kat atas tu.  Ianya mudah senang, murah dan yang paling penting hasilnya pun cantik. Tak payah nak beli mahal2 kat Ikea.

      
Mula-mula sediakan barang-barang seperti gambar di atas:
- Botol Minuman air mineral
- Gam
-Pisau
- Lampu
- Sudu plastik yang biasa kita dapat bila beli makanan bungkus (banyak tau)

Kemudian potong batang sudu plastik seperti gambar di atas.

Selepas itu, potong bawah botol air mineral tadi untuk pengudaraan

Selepas itu, lekatkan sudu yang telah dipotong batangya seperti dalam gambar,
bermula daripada bawah botol.

Untuk bahagian muncung botol, lekatkan sudu plastik tadi menjadi bentuk bulatan
seperti gambar di atas.

Kemudian, lekatkan bulatan untuk muncung itu tadi,
dan masukkan lampu tadi ke dalam muncung botol air mineral itu tadi.

Selepas itu gantung la kat mana nak letak lampu ni..
tadaaaaaaaaa!!! siap.. Senang bukan..

Link exchange: