KELAB CMM

Home » » Jom Kita Bunuh Dia!!!! Home » » Jom Kita Bunuh Dia!!!!

Jom Kita Bunuh Dia!!!!

| Posted in | Posted on 10:10 PTG

Kes Denggi semakin menjadi-jadi di negara kita. Dah berapa ramai nyawa melayang dek kerana penyakit bawaan nyamuk ini. Nyamuk ini cukup mengganggu dan sangat berbahaya sebagai penyebar pelbagai penyakit yang boleh membawa maut. Oleh itu kali ini CMM nak tunjukkan cara mudah untuk membunuh nyamuk ini, tanpa mengunakan ridsect yang mengandungi CFC. Cara ini bolehlah dianggap mesra alam.. hehehe...Cara ini sangat sesuai dipraktikkan di rumah, disekolah, Hospital ataupun di asrama.. by the way saya bukan nak ajak korang bunuh siapa tau.. cuma bunuh nyamuk jer...
Barang-barang yang diperlukan adalah: 
  1. 200 ml air 
  2. 50 gram gula merah 
  3. 1 gram ragi
  4. Botol plastik mineral 1,5 liter 
Cara-caranya:
Mula-mula, potong botol plastik di tengah. Simpan bagian atas/mulut botol.


Kemudian masukkan gula merah kedalam air panas, 
dan kacau sehingga larut. 
Biarkan sejuk  dan kemudian tuangkan
 ke dalam potongan bawah botol itu tadi


Selepas itu tambahkan ragi ke dalam botol tadi. 
Tidak perlu dikacau. 
Ini akan menghasilkan karbon-dioksida.


Kemudian masukkan potongan botol yang satu lagi (bahagian atas) 
dengan posisi terbalik seperti corong.


Selepas itu, bungkuskan botol tadi dengan sesuatu yang hitam (menggunakan kertas atau kain), 
dan biarkan bahagian atas terbuka,  kemudian letakkan di beberapa sudut rumah anda.


Dalam masa 2 minggu anda akan lihat 
jumlah nyamuk yang mati dalam botol itu.
Ramai kan yang dah kita bunuh..
Cara ini sangat mudah, praktikal dan amat berkesan sekali..


Comments (4)

  1. macam silap mata pulak, nyamuk akan tertarik untuk datang ke situ untuk bunuh diri eh

  2. Wah ini informasi yang sangat berharga unuk membasmi nyamuk2... terimakasih dan Peace :)

  3. terima kasih atan info,kena buat ni

  4. wah, nice info. yeah, bunuh nyamukkk

Catat Ulasan

Link exchange: