KELAB CMM

Hacker Mencuri £ 35k Dengan Menggunakan Laman Facebook

| Posted in | Posted on 10:47 PG

Seorang penjenayah siber telah berjaya mencuri £ 35.000 dari akaun bank jiran-jiran beliau dengan menggunakan maklumat yang dipaparkan pada Facebook halaman profil mereka.

Iain Wood, 33, Newcastle, akan mengumpul maklumat mengenai sasaran dari laman rangkaian sosial Faceboobk untuk mendapatkan soalan-soalan  keselamatan dan mencuri wang untuk berjudi.

Newcastle Crown Court diberitahu bagaimana dia berpura-pura menjadi jiran-jiran dalam blok menara itu untuk mendapatkan kata laluan akaun simpanan bank dan kad bank lalu memintas akaun mereka.

Sumber - Yahoo News

Modus operandi, dia akan menghubungi pusat khidmat pelanggan dan berkata dia tidak ingat kata laluan. Pihak bank akan bertanya soalan keselamatan seperti tarikh lahir serta nama ibu dan dia mampu untuk memberikan maklumat yang betul dalam beberapa kes.

Dia akan berkawan dengan orang-orang di dalam Facebook dan mendapatkan nama pengguna mereka ini, dan kemudian dia akan mencuba pada laman web bank, atas dasar mereka menggunakan kata laluan yang sama.

Wood dapat menipu sistem selama dua tahun sehingga dia menjadi leka dan mula memindahkan wang daripada akaun seorang jirannya dan terus ke dalam sendiri.

Penipuan rumit beliau digagalkan apabila salah satu mangsa dihubungi pihak  bank atas penarikan balik £ 1.500 dan pihak polis telah dipanggil.

Wood telah dipenjara selama 15 bulan untuk kesalahan yang berlangsung antara Jun 2008 dan Jun 2010.

Pengajarannya di sini, berhati-hati dengan profil facebook anda. Jangan berikan maklumat yang terlalu detail seperti alamat, no. telefon dan sebagainya..

Extra Carefull Semasa Membeli Kuih Raya

| Posted in | Posted on 11:24 PG

Salam Ramadhan kepada semua, hari ni dah masuk hari ke-17 kita berpuasa. Lagi dua minggu dah nak Raya. So persiapan raya mcm mana tahun ni? Baju Raya berapa pasang? Kuih raya buat sendiri ker or main tunjuk jer kat kedai? Ok bercerita pasal kuih raya ni, tak kira la biskut ker, kek ker dan yg sewaktu dengannya. Perlu diingatkan kepada semua umat Islam yang membeli kuih raya tu supaya extra carefull mengenai ingredients kuih-kuih tu. Diingatkan jangan beli kuih raya yang diperbuat or mengandungi bahan Pure Creamery Butter-Golden, sebab bahan ni dah disahkan tidak halal oleh Jakim. 


Just Join Faceblog

| Posted in | Posted on 5:29 PTG


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Buferred Earning Ke-3 dari Nuffnang

| Posted in , | Posted on 10:51 PTG

Salam semua, hari ni dah masuk hari 10 kita berpuasa, semoga amalan kita diterima. Ok la, nak dijadikan cerita blog CMM ni dah nak masuk setahun dah. Trafik pun takde la ramai mana, tapi dalam bulan ni jer dah dapat 3 BE dari nuffnang. Yang terbaru sekali tu yang kempen Perodua Tweckbot tu. Ni kira 1st time dapat BE la ni.. Sebelum ni just dapat campaign jer.. Rezeki bulan puasa la agaknya, Alhamdulillah. Pendapatan semasa tu takde la banyak mana pun, tapi ade la.. tu pun dah kira syukur. Anyway Tima Kaseh to Nuffnang sebab bagi BE, nanti kalau BE ni dah tamat jangan lupa bagi lagi.. Hehehehe


10 Bangunan Tertinggi Di Bumi 2011

| Posted in | Posted on 11:04 PTG

Salam ramadhan kepada semua pembaca or peminat blog CMM.. peminat?? mcm la ade.. hehehehe.. Ok lah, kali ni sebenarnya takde idea nak tulis ape, tapi nak tulis jugak entry ni walaupun dah tau mesti ramai orang di luar sana dah tulis pasal bangunan tertinggi di dunia ni kan.. Takpe kita layan jer, manalah tau yang saya tulis ni berlainan. hehehehe...


Sekarang ni, bandar-bandar besar di dunia berebut-rebut nak bina bangunan pencakar langit yang tinggi-tinggi kan. Hmmmm.. ni tanda-tanda kiamat lah ni. Anyway jom kita lihat senarai bangunan pencakar langit di sekitar bumi ini yang disusun mengikut tinggi struktur (tinggi dari tapak tanah hingga unsur struktur tertinggi) dan titik tertinggi bangunan.


1. Burj Khalifah, Dubai, Emeriah Arab Bersatu.


Merupakan sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828m. Bangunan ini mempunyai 163 tingkat dan pembinaannya mengambil masa selama lebih kurang 5 tahun. Siap dibina pada tahunn 2009.

Burj Khalifah telah dirasmikan pembukaannya pada 4 Januari 2010. Bangunan ini mempunyai lift tercepat dengan kecepatan 60 km / jam. Bangunan ini memiliki rekod lantai terbanyak: 163 lantai (sebelumnya dipegang oleh Willis Tower dan World Trade Center – 110 Lantai).







2. Taipei 101, Taipei Taiwan.
Taipei 101 ialah sebuah pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat dan terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Mempunyai ketinggian setinggi 509m.  Mula dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2004. Dibuka secara rasmi pada 31 December 2004.

Bangunan ini mempamerkan penggunaangentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat. Lifnya mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat. Pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91. Sebuah teknologi mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan, dan angin. Teknologi ini mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara.








3. Pusat Kewangan Dunia Shanghai, China


Pusat Kewangan Dunia Shanghai adalah menara mega tinggi yang terletak di Shanghai, China. Menara ini mempunyai pelbagai kegunaan seperti pejabat, hotel, muzium, geladak pemerhati, medan letak kereta dan kedai.

Menara pencakar langit tersebut ini mencapai ketinggian 494.4m dan siap dibina pada tahun 2008. Dibuka secara rasmi pada 30 ogos 2008. Ia juga mempunyai 101 bilangan tingkat


Features yang paling khas dari design bangunan adalah lubang berukuran besar di puncak yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan angin. Bangunan ini letaknya bersebelahan dengan Jin Mao Tower.




Puasa Bukan Alasan untuk Tidak Makan Secara Sihat

| Posted in | Posted on 9:20 PTG


Ramadhan menjelma lagi. Apa yang terbayang di kotak fikiran kita tidak lain dan tidak bukan ialah kemeriahan pasar atau bazar Ramadhan. Ia seakan-akan pesta menjual makanan. Begitu meriah dengan pelbagai jenis kuih-muih, lauk-pauk serta minuman yang disediakan khusus buat juadah berbuka. Setelah seharian berpuasa, pastinya pelbagai juadah akan dibeli apabila berkunjung ke pasar atau bazar Ramadhan ini. Pada masa ini, apa saja yang teringin pasti akan dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan tersebut. Apa yang paling penting, rata-rata antara kita mula mengetepikan amalan makan secara sihat semata-mata kerana berpuasa.

Kenapa perlu makan secara sihat pada bulan Ramadhan ?

Makan secara sihat perlu dijadikan amalan setiap masa. Ini lebih-lebih lagi semasa menjalani ibadah puasa. Ini adalah penting untuk mengelak beberapa masalah kesihatan seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, kandungan gula rendah dalam darah dan sebagainya. Sekiranya masalah ini berlaku pastinya ia boleh mengganggu seseorang itu berpuasa dengan selesa dan menghayati fadhilat di bulan Ramadhan.


Amalan pemakanan sihat di bulan Ramadhan

Kunci kepada amalan makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan walaupun di bulan puasa. Kita mesti mengambil makanan dari semua kumpulan makanan berdasarkan kepada Piramid Makanan Malaysia iaitu nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan, ayam, daging dan kekacang, susu dan produk tenusu serta sedikit minyak, lemak, gula dan garam. Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup.


Link exchange: