KELAB CMM

Selamat Tinggal 2010; Selamat Datang 2011

| Posted in | Posted on 9:50 PTG

Salam semua pembaca dan pelawat blog Cerita Macam Macam. Pejam celik... pejam celik...Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya meninggalkan kita dengan 1001 kenangan pahit dan manis, pertemuan dan perpisahan, kejayaan dan kegagalan, kegembiraan dan kedukaan dan banyak lagi. Namun tahun 2010 yang bakal meninggalkan kita akan menjadi pengalaman hidup kita yang cukup bermakna untuk menjalani hari-hari yang mendatang.



Azam tahun 2010 anda yang masih belum tercapai tu boleh carried forward la ke tahun hadapan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Semoga tahun baru ni kita sama-sama kuatkan semangat untuk mencapai apa yang kita inginkan. Selamat Tahun Baru 2011 untuk anda semua.

Sticky Post : Contest Forum CutiMalaysia.my Bernilai RM1,410

| Posted in | Posted on 9:49 PTG

Perhatian!!

Kepada anda di luar sana, apa kata kita ramai-ramai join contest terbaru yang dianjurkan oleh www.cutimalaysia.my (Cuti Malaysia - laman portal forum dan one stop centre tentang perlancongan, budaya, makanan, sejarah yang terbesar di Malaysia) yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1,410.00. Lumayan Bukan!!


"Contest Taip2, Sebar2, Kawan2, Sembang2, Pun Boleh Dapat Duit + ...............?" 

Anda taip2 post contest,
Kemudian anda sebar2 Contest kepada orang kenalan anda,
Anda register dan kenal-kenal dengan kawan2 baru di forum CutiMalaysia.my,
Last sekali anda sembang2 dengan mereka.
Untung-untung boleh dapat duit 

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah:
  • Tempat pertama : RM500 + T-Shirt CutiMalaysia.my
  • Tempat kedua : RM300 + T-Shirt CutiMalaysia.my
  • Tempat ketiga : RM200 + T-Shirt CutiMalaysia.my
  • Tempat keempat : RM100 + T-Shirt CutiMalaysia.my
  • Tempat kelima : RM100 + T-Shirt CutiMalaysia.my
  • Tempat Keenam : RM50 + T-Shirt CutiMalaysia.my
  • Tempat Ketujuh : RM50 + T-Shirt CutiMalaysia.my
  • Tempat Kelapan : RM50 + T-Shirt CutiMalaysia.my
  • Tempat Kesembilan : RM30 + T-Shirt CutiMalaysia.my
  • Tempat Kesepuluh : RM30 + T-Shirt CutiMalaysia.my
Untuk mengetahui syarat-syarat Contest Forum CutiMalaysia.my Bernilai RM1,410 sila klik disini
Jadi, Anda di luar sana, Apa Tunggu lagi!! Jom ramai-ramai sertai contest ini cepat. Contest berakhir sehingga 31 December 2010.

Tidur Waktu Tengah Hari

| Posted in | Posted on 4:19 PTG

Entry Tidur lagi? Hari tu entry tidur dalam kotak, ni tidur di waktu tengah hari plak.. Tak apa lah.. kita layan saja la..
Ramai menganggap tidur di siang hari sebagai seorang yang malas. Tetapi, Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik- baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Tidur Dalam Kotak

| Posted in | Posted on 8:30 PG

Salam semua. Ni nak tanya, siapa pernah tidur dalam kotak, angkat tangan.. Hmmmm tak ada siapa pernah tidur dlm kotak? Rugi la sebab tidur dalam kotak sekarang ni dah menjadi trend tau. Especially kepada travellers atau businessman yang sangat sibuk, sampai tak sempat nak cari tempat tidur. Jadi tidur dalam kotak pun jadi lah. Tapi kotak bukan sebarang kotak.

Petrol Naik Lagi; Fakta & Rasionalnya

| Posted in | Posted on 2:11 PTG

FAKTA

  • Rasionalisasi subsidi pertama telah mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak lebih dari RM750Juta.
  • Rasionalisasi kali ini membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan kira-kira RM1.18 billion
INFO
Wang yang dapat dijimatkan akan disalurkan kepada:
  1. Megurangkan kadar jenayah
  2. Memerangi rasuah
  3. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah
  4. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman
  5. Menambah baik pengangkutan awam di bandar.
HARGA BARU (Berkuatkuasa 4 Disember 2010)
  • Petrol RON95 - RM1.90 seliter
  • Diesel              - RM1.80 seliter
  • LPG                - RM1.90 sekilogram
  • Gula                - RM2.10 sekilogram
HARGA DI NEGARA JIRAN

Petrol RON95
  • Indonesia - RM2.46 seliter
  • Singapura - RM4.36 seliter
  • Thailand   - RM4.25 seliter



Diesel
  • Indonesia - RM2.50 seliter
  • Singapura - RM3.18 seliter
  • Thailand   - RM2.96 seliter



LPG
  • Indonesia - RM2.00 seliter
  • Singapura - RM6.42 seliter
  • Thailand   - RM1.93 seliter




Gula
  • Indonesia - RM3.50 /KG
  • Singapura - RM3.80 /KG
  • Thailand   - RM2.80 /KG





Jadi, bagi anda, adakah kenaikan ini masih boleh diterima? Yang mana, kenaikan harga komoditi ini juga akan menyebabkan banyak barang lain lagi akan turut sama meningkat harganya?

Kenapa negara seperti Brunei tidak dimasukkan dalam perbandingan harga komoditi ini, bukankah Brunei juga adalah negara jiran yang juga negara pengeluar minyak sama seperti Malaysia?

Fikir-fikirkanlah.......

Rahsia Khasiat Madu

| Posted in | Posted on 9:41 PTG

Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:
Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan



KOLESTEROL
Kadar Kolesterol darah dapat diturunkan dengan mengamalkan memakan 2 sudu madu beserta 3 sudu teh serbuk kayu manis yang dicampur bersama 16 ons air teh. Ramuan ini dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam darah sehingga 10% dalam masa 2 jam.

JERAWAT
Campuran 3 sudu madu berserta 1 sudu serbuk teh pada wajah sebelum tidur mampu mengurangkan pertumbuhan jerawat. Basuh pada keesokan harinya dengan air suam. Amalkan selama dua minggu berturut-turut.

Link exchange: