KELAB CMM

Home » , » Sekolah Mengandung Home » , » Sekolah Mengandung

Sekolah Mengandung

| Posted in , | Posted on 7:52 PTG


Lima orang remaja hamil bakal menjadi pelajar terawal memasuki Sekolah Harapan  (Sekolah Pelajar yang mengandung) di Jalan Pegawai, Jasin Melaka.
Pelajar-pelajar ini antaranya berumur 16 tahun dan 17 tahun yang ditemani ibu bapa masing semasa pendaftaran. Empat daripada pelajar ini akan belajar di tingkatan lima manakala seorang di tingkatan 4. Mereka berasal daripada Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang.

Sekolah yang pada asalnya merupakan bangunan yang dimiliki oleh Air Melaka berhad ini turut dilengkapi dengan kemudahan hostel yang diuruskan di bawah Majlis Agama Islam Melaka.

Seorang daripada pelajar ini adalah berbangsa cina, dan ini membuktikan bahawa tiada sikap pilih bulu atau latar belakang sesoerang yang datang untuk meminta bantuan. Walaubagaimanapun, orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa kebenaran dan identiti pelajar-pelajar ini dirahsiakan - Bernama

Pada Pandangan anda adakah wajar usaha membendung masalah pembuangan bayi ini dengan menubuhkan sekolah harapan ini sahaja?


Comments (2)

  1. hmm...pada pandangan sy sebagai umat islam..tidak kah sepatutnya kerajaan perlu mengambil berat terhadap hukuman hudud..sebab hukuman yg diperintahkan oleh tuhan adalah hukuman yg benar2 setimpal terhadap si pelaku...klu kerajaan menubuhkan sek untuk remaja yg hamil luar nikah..kemungkinan besar gejala ini akan semakin parah,ini adalah disebabkan remaja tersebut mengambil sikap mudah..seperti meraka akan akan ditanggung oleh kerajaan apabila disahkan hamil luar nikah..

  2. saya pun setuju..teman lelaki je di buru..benda tu takkan jadi kalo bertepuk sebelah tgn..melainkan insan teraniaya..ni yg daftar sume mcm dah biasa dlm arena ini..astaghfirullah..nauzubillah

Catat Ulasan

Link exchange: