KELAB CMM

Home » » Hard Rock Hotel Pulau Pinang Home » » Hard Rock Hotel Pulau Pinang

Hard Rock Hotel Pulau Pinang

| Posted in | Posted on 9:47 PTG

maklumat lanjut di www.penang.hardrockhotels.net
Hard Rock Hotel Pulau Pinang, kedudukannya yang menghadap Laut Andaman, melepasi pandangan ke laut yang luas nyata memberikan panorama indah terutama di waktu pagi. Kedinginan penyaman udara akan mati dengan sendiri sejurus anda membuka pintu gelungsur untuk menikmati keindahan pemandangan lautan biru di balkoni bilik.


Terletak di persisiran pantai Batu Feringghi yang cukup terkenal di pulau mutiara ini, hotel ini cukup hip & trendy. Setiap dinding dihiasi dengan imej dan memorabilia seperti gitar atau pakaian yang pernah dikenakan oleh artis-artis terkenal Hollywood. Lobi yang berbentuk seperti bar menambah keunikan hotel ini dan juga mempunyai 250 buah bilik memberikan anda pengalaman bercuti seperti rock star.

Setiap bilik dilenkapi dengan sistem TV LCD32" beserta port untuk iPod, DVD player dan TV kabel. Rekaan dalaman bercirikan kontemporari dengan perkhidmatan wifi percuma serta himpunan koleksi muzik video yang boleh disaksikan melalui saluran percuma Hard Rock dari bilik anda. Juga terdapat persembahan live band dari Hard Rock Cafe terus ke bilik melalui saluran khas. Terdapat beberapa bilik yang bersambung dengan kolam renang. Hanya perlu buka pintu gelungsur dan kolam renang di depan mata. Paling unik, jika haus, boleh pesan minuman dari poolside dan pelayan akan berenang untuk menghantar minuman buat anda.

Mahu hiburan, boleh ke Hard Rock Cafe. Lapar? nikmati makan malam di Starz Dinner. Mahu Pizza boleh ke Pizzeria. Bagi kanak kanak terdapat Kids Club khas buat mereka. Jika ingin merehatkan badan singgah di Rock Spa untuk rawatan badan. Yang pasti percutian anda di Hard Rock Hotel Pulau Pinang pasti memberi pengalaman yang sukar untuk anda lupakan..





Comments (3)

  1. memang best hotel ninh...

    aku nak p visit lagi insyallah dalam 2-3 hari nih.. visit ajer bukan stay kat situ eheh
    kuman "aku tewas .." Entry

  2. Looks good. Cheerios~

  3. Tu la at least tgk2, jln2 ambik gambar kat area gitar besar tu Gempaq gak kan...

Catat Ulasan

Link exchange: