KELAB CMM

Home » » Showcase Maher Zain Di Malaysia Home » » Showcase Maher Zain Di Malaysia

Showcase Maher Zain Di Malaysia

| Posted in | Posted on 8:17 PTG

Ahad, 17 Oktober 2010 23:57 Amirul Letfee
Dipetik dari malaysiaharmoni.com






SHAH ALAM – “Terima Kasih!” kata Maher Zain kepada lebih 1,400 peminatnya yang memenuhi Auditorium di Wisma MBSA, Shah Alam Jumaat lepas - satu persembahan penuh erti yang menghiburkan dan sangat mengujakan.

Penyanyi dari Sweden itu berada di Malaysia sejak 3 Oktober yang lepas dalam siri lawatannya ke Malaysia. Kedatangan penyanyi yang terkenal dengan lagu Insya-Allah itu dibawakan oleh Pusat Perlindungan dan Bimbingan Remaja Puteri, Raudhatus Sakinah. Kemuncak kepada siri lawatan Maher Zain ke Malaysia kali ini ialah Showcase Maher Zain pada sebelah malam 14 dan 15 Oktober di Wisma MBSA, Shah Alam.



 

Showcase yang bertemakan Save a Soul ini memberi peluang kepada peminat Maher Zain untuk bersua muka dan mendengar sendiri alunan lagu penyanyi ini yang penuh dengan mesej nasihat dan mengajak manusia untuk kembali kepada cara hidup Islam. Penaung Raudhatus Sakinah, Prof Madya Dr Harlina Haliza Hj Siraj dalam ucapannya ketika “Welcoming Dinner” bersama Maher Zain 4 Oktober lepas menegaskankan bahawa mesej Save a Soul yang ingin dibawa cukup besar dalam usaha untuk mengembalikan roh umat Islam kepada roh Islam yang sebenarnya.

 

Selebriti TV3, Wardina dan Fedtri diberikan penghormatan untuk mengacarakan showcase pada 14 Oktober manakala pada 15 Oktober, Wardina berpasangan dengan Farah Deeba untuk memeriahkan lagi persembahan pada malam tersebut. Pada kedua-dua malam tersebut, Maher Zain menyampaikan 9 buah lagu, antaranya Insya-Allah, Open Your Eyes, Rest Of My Life dan The Chosen One. Showcase kali ini juga diserikan dengan kehadiran artis terkenal Malaysia iaitu Aishah dan kumpulan nasyid tanah air, In Team.

Difahamkan, tiket-tiket yang dijual untuk showcase tersebut mendapat sambutan di luar jangkaan. Dalam masa dua minggu, keseluruhan 2800 tiket (untuk dua malam) telah habis ditempah, malah ramai peminat yang menelefon Raudhatus Sakinah bertanyakan tiket tambahan.

Buat peminat yang terlepas peluang untuk menghadiri showcase kali ini, penyanyi kelahiran Tripoli, Lubnan itu memberitahu bahawa beliau akan kembali ke Malaysia pada tahun hadapan, dan ketika itu, pihak penganjur akan cuba menyediakan tempat yang lebih besar yang dapat menampung lebih ramai penonton.








 
Foto-foto oleh Abdullah Mujahid, Farah Syahidah dan Fahzan Adli 

p/s: hopefully next year takde dapat la tiket......


Comments (4)

  1. loikee it^^

  2. suruh laa dia wat bkt Jalil... ishhh3
    sedih nina tak dapat pergi... ^^

  3. memang next time Maher Zain cakap die nak buat lebih besar. Tour di akan datang kat south east Asia....

  4. bestnya kalau dapat saksikan persembahan maher zain..
    lagu2 dia mmg sedap dan berkesan..

Catat Ulasan

Link exchange: