KELAB CMM

Home » » Tawau Berdepan Gempa Bumi Kuat Home » » Tawau Berdepan Gempa Bumi Kuat

Tawau Berdepan Gempa Bumi Kuat

| Posted in | Posted on 7:44 PTG


KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi tidak menolak kemungkinan gempa bumi bersaiz sederhana menghampiri 6 pada skala Richter mungkin berlaku di Tawau, Sabah pada masa depan.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami, Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rohaidi Che Abas berkata, kemungkinan itu diambil kira daripada kekerapan gempa bumi yang berlaku di kawasan-kawasan sekitar Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.

 
"Ini kerana sejak minggu lepas hingga semalam tiga gegaran lemah telah dicatatkan di kawasan terlibat yang berukuran 2.6 hingga 3.8 pada skala Ricther.

"Meskipun kawasan terlibat merupakan kawasan berisiko dilanda gempa namun kekerapan yang berlaku menghairankan kami," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

Justeru, menurut Mohd. Rohaidi, pihaknya akan memantau 24 jam sehari untuk melihat perkembangan semasa kemungkinan berlaku lagi gempa bumi di Tawau.

Menurut rekod, gempa paling kuat pernah dicatatkan di Sabah ialah di Lahad Datu pada tahun 1976 iaitu berukuran 5.8 pada skala Richter.

KOSMO

Terkejut aku baca news pagi ni kat Kosmo Online. Mana taknya, Tawau tuu... Kampung aku tu. Sebelum ni hmmmm dalam minggu ni 12 Oct, 14 Oct dan baru-baru ni 18 Oct ada laporan mengatakan kat Tawau ada gempa bumi kecil. Sebenarnya sejak aku duduk Tawau memang ada lah kadang-kadang tu gempa bumi. Tu pun sebab Filipina yang dilanda gempa dan gegaran dapat dirasakan sampai ke Tawau. Tapi sejak akhir-akhir ni makin kerap jer laporan gempa bumi kat Tawau ni. Ada gunung berapi ker? hmmm ntah la.. Risau la, aku dengar berita macam ni.

Aku doakan keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga Tawau. Semoga Allah melindungi  warga Tawau dan juga family aku kat sana. Amin....



Comments (2)

  1. kampung di lahad datu!alamak..bahaya nie.kena inform orang kat lahad datu untuk standby nie.

  2. Tu la tu... area sandakan, Tawau, LD,sekitar situ la... Mesti berjaga2..

Catat Ulasan

Link exchange: