KELAB CMM

Home » » Maher Zain Oh Maher Zain Home » » Maher Zain Oh Maher Zain

Maher Zain Oh Maher Zain

| Posted in | Posted on 11:23 PG

Bercerita pasal Maher Zain ni, siapa yang tak kenal..kalau tak kenal pun mesti pernah dengar nama kan.. Aku mula mendengar lagu-lagu Anuar Zain Maher Zain ni sejak Mac 2010, Masa tu aku dengar dekat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC 2010. Lagu yang aku dengar tu lagu ''Open your eyes". Lagu tu memang cukup menyentuh...Tidak lama lepas tu lagu Maher Zain jadi kegemaran semua orang dekat office aku plak.. Hari-hari  dgr lagu die jer.. Lepas tu jadi fan Maher Zain pulak kat dalam Facebook. Bila dia post kat dalam FB dia nak dtg Malaysia; dan nak nyanyi lagu Insya Allah versi melayu, excited bukan main... Search dalam internet bila tiket akan mula dijual.. Bila tiket dah jual time tu aku tak gaji lagi.. so ingat nak beli lambat sikit..sikt jer... Tup..tup.. bile nak beli SOLD OUT pulak... huhuhu...... Melepas lah nampaknya..
Aktiviti sepanjang berada di Malaysia; Gambar ihsan www.raudhatussakinah.com/

Hari ni 10/10/10 Maher Zain ada kat Maju Junction, hmm mesti ramai orang kat sana.. Takpe lah... Sebab the good news is Maher Zain nak dtg ke tempat kerja aku 12/10/2010...hehehe... kat mana? biarlah rahsia... Kang nanti korang serbu ramai-ramai pulak... hehehe.. Anyway layan la gambar-gambar Maher Zain sepanjang dia berada di Malaysia (ambik dari FB Maher Zain Fan Page)


Maher zain @ KLIA

Maher Zain @ ikim.fm
Bersama media @ KL Tower
Terima Platinum Award for Best Selling Album di Malaysia.
Terima Kunci Kereta Pesona Dari CEO PROTON
p/s: 
Kepada sesiapa yang dapat beli tiket showcase maher zain nanti. jgn lupa share ok. harap-harap next time dorang buat kat tempat yang lagi besar.

Kepada yang tak mengenali Maher Zain cuba la dengar lagu dia, best, (beli yang original)  search dlm internet mengenai diri Maher Zain.




Comments (9)

  1. kesian dia....tiket dah sold out...

  2. Tu la pasal... tak sempat nak beli dah habis... macam pisang goreng panas!!

  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
  4. suka lagu MZ

  5. mee too..call2 dah abis...sob2..

  6. hanim tgk maher zain nyanyi kat uia..tiket doploh ringgit :)

  7. Yang kat UIA tu tau gak harga tiket RM20.00 jer. Die nyanyo dengan Kumpulan nasyid yang lain kan... Kat situ MZ cuma jemputan rasanye... Esok showcase MZ... huhuhu

  8. mimi pun sama...tgk2 tiket dah abih...sedih...

  9. paling best lagu "For The Rest Of My Life". .. Hehe

Catat Ulasan

Link exchange: